in

“Sedih tau penat2 buat” – Gadis Kecewa! Isi Kotak Makanan Untuk Teman Lelaki Dicuri Pekerja Kurier?

Fi Jt

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tengah musim PKP ni, beli barang secara online tu dah kira macam tradisi untuk rakyat Malaysia. Tapi korang cuba bayangkan barang yang dah order tu tak sampai-sampai, ataupun lagi teruk kena curi dengan pihak tak bertanggungjawab. Mesti geram kan?



Namun itulah yang dilalui oleh seorang gadis ini, apabila barang yang dikirim untuk teman lelakinya tiba dalam keadaan yang ‘tak sempurna’.

 

Barang dicuri staf kurier?

Menerusi perkongsian oleh @Schaza_Izzati di Twitter, dia ada menunjukkan kotak yang berisi makanan dan makanan ringan yang ingin dikirimkan kepada teman lelakinya yang sedang kuarantin.

Jt 5 Edit

Menurut Syaza dia mendapat perkhabaran itu, apabila barangan tersebut tiba dan dibuka oleh teman lelakinya sendiri. Apa yang lebih sedih, teman lelakinya itu siap buat video sebab terlampau teruja dengan kiriman kekasihnya itu.

Jt 6 Edit

Barang tersebut juga, dikatakan dipos oleh Syaza di bandar Kluang kemudian ia singgah di Yong Peng, Johor Gateway akhirnya di Gelang Patah, Johor.

Korang tengoklah macam mana sebelum dan selepas barang ni di terima.

Jt 1 Jt 2 Jt 3 Jt 4

 

Kecewa dengan pihak kurier.. Kes disiasat pihak pengurusan

Syaza meluahka rasa kecewanya kepada pihak bertanggungjawab, sebab barangan dihantar itu adalah untuk teman lelakinya yang sedang kuarantin dalam bilik. Jadinya dia tak dapat nak masak, dan nasib baik ada teman serumahnya yang tolong sediakan makanan untuknya.

Selain itu juga, kes berkenaan telah dimaklumkan kepada pihak pengurusan kurier tersebut namun dia tak buat laporan polis disebabkan kekangan berada dalam kawasan PKPD.

Jt 7 Jt 8 Edit

Kita harapkan barang tu sampai dengan elok, ada pula pihak tak bertanggungjawab ambil kesempatan macam ni. 

 

Baca : Peguam Ajar Cara-Cara Nak Tuntut Hak Kita Kalau Dapat Barang Kurier Rosak & Pecah

Foot Jt

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.