Bila cerita pasal kanak-kanak ni, pastinya masing-masing ada cerita menarik nak dikongsikan pasal kerenah dan perangai mereka ini. Mana tidaknya, sekarang ini, semuanya dah advance,bak kata orang, dunia di hujung jari.
Begitulah kisah seorang pengguna twitter NaufalAntezem yang dikatakan ‘tertekan’ dengan karenah anak saudaranya. Semuanya bermula apabila beliau ingin membelikan permainan kepada 3 orang anak saudaranya.
Menurut perkongsian tersebut, difahamkan anak saudaranya berumur 7 tahun meminta dibelikan kereta mainan, bas dan juga slime untuk dia dan dua orang adiknya lagi.

Tapi, cerita tersebut tak habis disitu.
Hantar Sekarang, Ayah Ada Dirumah
Dah nama pun kanak-kanak, pastinya bila seorang dewasa dah berjanji, dia akan tuntut sampai benda yang dijanjikan ada di depan mata. Tetapi, kanak-kanak yang dikenali sebagai Ahmad Dhani tersebut tidak memahami yang mainan yang dibelikan akan diposkan ke rumahnya.
Aku tertekan dapat anak sedara yg suruh aku jadi posmen supaya dapat hantar slime dia hari ni jugak ? pic.twitter.com/HIy1zolH4x
— naufalantezem (@NaufalAntezem) July 15, 2021
Kalau diperhatikan kepada perbualan Dhani dan pakcik saudaranya itu, hampir setiap minit dia bertanya bila mainan tersebut akan diposkan, tambah Naufal, anak saudaranya ini merupakan cucu sulung keluarganya, jadi agak petah sikit bercakap.
Difahamkan, mainan tersebut telah dihantar oleh Naufal pada keesokan harinya menggunakan khidmat pos. Walaupun begitu, pada petang hari yang dimaksudkan, sekali lagi Dhani bertanyakan kepada bapa saudaranya tentang permainan tersebut.
“Uculah jadi posmen”
Mungkin kerana terlalu gembira dan teruja kerana bapa saudaranya membelikan mainan sebanyak itu, kanak-kanak tersebut sampai minta pakciknya sendiri yang menjadi posmen dan poskan barang tersebut kerana dia inginkannya sekarang.

Memang mencuit hati gelagat Ahmad Dhani ni!
Menjengah kedalam bebenang yang sama, rata-rata netizen berasa lucu dengan apa yang berlaku selain turut kongsikan pengalaman mereka ‘di pau’ oleh anak buah masing masing dan rata- rata mengalami situasi yang sama seperti yang dilalui oleh Naufal.

Sehingga artikel ini ditulis, bebenang tweet berkenaan telah menerima hampir 9,800 ribu retweet, dan 19 ribu tanda suka dan menurut perkongsian Naufal, barang yang dipos masih belum diterima oleh Dhani.
Moga abang posmen hantar cepatlah mainan awak tu Dhani…
Baca : Lelaki Ini Terpaksa Jual Kereta Lepas Anak Beli Barang ‘In-Game’ Berjumlah RM7,500

