in

“Nangis sampai muka biru” – Hanya Main Straw Party, Ibu Tak Sangka Anak Cedera Teruk Lepas Tercucuk Ke Lelangit Mulut!

Strwa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi mereka yang mempunyai anak-anak kecil, korang better take note dan perhatikan setiap perkara yang dilakukan anak korang walaupun mereka sedang bermain je!


Hal ni kerana, baru-baru ni seorang ibu panik lepas anaknya cedera teruk di dalam mulut hanya sebab bermain dengan straw di birthday party! Oh my! Berikut perkongsian Nur Hidayah Baharom di Facebook.

 

“Apa pun yang anak-anak kita pegang main kena lihat. Boleh jadi tercucuk di mata, hidung atau…” 

Menurut Hidayah, pada awalnya dia tidak menyangka straw party yang ditiup anaknya yang berusia 2 tahun tu boleh jadi satu perkara yang sangat bahaya.

76705152 1251604058365359 2344951074445590528 O 1
sumber: facebook

Semua ni terjadi bila anaknya tu yang sedang tiup-tiup straw tersebut jatuh tersembam dan straw tersebut tercucuk ke bahagian lelangitnya. Ngeri jugak min tengok sampai berdarah teruk macam tu! 

Bahya1

72451145 1251554695036962 4051863582881611776 O

75594394 1251554845036947 3079146613818523648 O
sumber: facebook

 

“Doktor terus hantar ke pakar untuk buat jahitan… saya yang salah” 

Perkara ni pastinya jadi peringatan besar buat ibu bapa untuk sentiasa berhati-hati dengan apa yang anak mereka main. Walaupun benda tu nampak remeh tapi kita tak tahu apa bahaya yang ia boleh buat kan?

Apa-apapun mujurlah anaknya baik-baik saja dan hanya terpaksa dijahit di bahagian lelangit yang koyak tu. Kesian betul… 

Bahya 2

77123569 1251554768370288 507416722068733952 O
sumber: facebook

Take note ye parents semua! 

Baca: “Sapa pernah kena kejar je tahu” – Budak Lelaki Ini Kena Serang Anjing Liar Tapi Sekolah Dipersalahkan

Ada

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.