in

“Nampak mayat ayah & adik bomba bawak naik” – Netizen Sebak Baca Detik Perit Pemuda Ini Hilang Adik, Ayah & Nenek Serentak

Sebak2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tak dapat bayangkan macam mana kalau kita ada kat tempat Afiz ni, kehilangan 3 orang ahli keluarga tercinta dalam masa serentak tahun lepas.


Bila baca kisah sedih ni memang tak mustahil pun pengalaman perit tu masih lagi terngiang-ngiang dalam ingatan dia. Rasa sebak sangat.

 

Nampak mayat ayah & adik bomba bawak naik :’) masatu hanya Allah saja yg tahu

Ec3Zouiuyamjr5I

Memandangkan ayahnya kerap memancing, jadi Afiz pun rasa macam tak percaya bila ada orang maklumkan yang ayah dan adiknya hilang di sungai.

Dalam firasatnya ayah hanya pergi ke tempat yang lebih jauh. Biarpun masa dah lama, Afiz masih positif yang ayahnya masih selamat. Tapi…

“Sedar-sedar dah pukul 3 lebih,ade berita anjing  bau something ,bomba pun masuk dalam air tu ..tak lama lepastu nampak mayat ayah n adik bomba bawak naik :’) masatu hanya Allah saja yg tahu mcm mana berkecainya hati dan perasaan ini..speechless,hanya mampu menangis je”

Ec3Zp9Huyaal2Qt

Redha dengan pemergian adik dan ayah, proses pengebumian berjalan dengan lancar. Sedih bila itulah kali terakhir mereka dapat merasai masakan arwah ayahnya.

“Suka sangat ayah punya masakkan mmg sedap gila2, pagi sebelum kejadian ayah masak breakfast ,itu last time dapat rasa masakan ayah ,and ayah masak makanan yg afiz suka sangat makan:’)lama dah tak dpt rasa masakan ayah rindu sangatsangat.”

Alfatihah ayah,adik.Rindu yang tak terkata.

 

Sedih kehilangan ayah dan adik tak hilang lagi lepastu keesokkan harinya 27/8/18 masatu otw balik dari kemas brg2 adik kat hostel dapat call yg nenek jatuh kepala berdarah:’)..”

Tanpa diduga di ditimpa lagi satu ujian besar apabila keesokkan harinya arwah nenek kemalangan.

Waktu dia sampai kerumah neneknya, ada banyak kesan darah di lantai, waktu arwah jatuh tu orang tak ada kat rumah..

“Doktor kata punca dia sebab hypertension sebab tu jatuh and impact jatuh kat kepala tu ade pendarahan dalaman kat kepala..”

Sepanjang menjaga nenek di wad, keadaan pada mulanya baik-baik sahaja selepas mandapatkan rawatan.

Tapi tak sangka waktu itulah dia dapat melihat yang neneknya dah pergi buat selama-lamanya.

 

Tengah-tengah dok baca yassin kat nenek tgk2 mesin tu dah tak macam normal dia beeping,.lepastu doc bagitahu “nenek awak dah takde” masatu dok fikir ya Allah sakitnya ujianMu..taktahu nak inform sape masatu sorang je kat hospital..”

Ec9Ywgcuyaa6Bg4

Dia pun kuatkan dirinya untuk hubungi ibu lepas mendapat tahu berita ni.

“Tengok mama masih sedih lagi dgn kehilangan ayah dan adik lepastu dtg sekali lagi ujian hilang nenek. alhamdulillah mama kuat:’)”

Ayah dan adiknya meninggal dunia pada 26/8/18 dan neneknya pada 29/8/18..Alfatihah.

 

Baca : “Syurga bersamamu mbak” – Netizen Sebak Lihat Jenazah Ibu Meninggal Dunia Dalam Senyuman Lepas Melahirkan Anak

Sebak

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.