in

“Syurga bersamamu mbak” – Netizen Sebak Lihat Jenazah Ibu Meninggal Dunia Dalam Senyuman Lepas Melahirkan Anak

Mbak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa yang dapat menghalang takdir yang ditentukan Tuhan terutamanya bab kematian? Sebab itulah kita sebagai hamba-Nya kena sentiasa berbuat amal kebaikan dan beribadah selagi masa ada. Kalau nyawa dah disentap dari jasad… semuanya dah tak ada guna kan.


Apa-apapun admin sebenarnya agak tersentuh dengan kisah viral di Facebook mengenai seorang ibu dari Payakumbuh, Sumatera Barat Indonesia yang telah meninggal dunia minggu lalu lepas melahirkan bayi. 

 

Ibu meninggal dunia dalam senyuman?

Menurut suami mangsa yang bernama Firdaus Sutan Parpitah, isterinya Divani Putriami meninggal selepas melahirkan bayi kedua mereka.

Pun begitu, kisah kematian isterinya jadi viral di media sosial kerana jenazah itu kelihatan seperti sedang tersenyum. Allahuakhbar! 

67330808 2841633435863532 4523241358923661312 N
sumber: facebook

 

“Tak pandai cari nama yang indah, sebab semua keindahan sudah bunda ambil” 

Masih sedih dengan pemergian isterinya, Firdaus tak perlu berfikir panjang dalam menamakan bayi perempuan ini. Dia memilih nama isterinya yang digabungkan nama anak pertama mereka iaitu menjadi ‘Divani Putriami Al Ghani’.

Bunda

67201428 2841633535863522 829233270028763136 N

51944578 2552513114775567 2197467987764576256 N
sumber: facebook

 

“Sabar mas… semua sudah kehendak Allah” 

Rata-rata netizen yang melihat posting ini merasa kesedihan yang dialami si suami tersebut. Mereka hanya mampu berdoa dan berharap lelaki tersebut tabah dalam menghadapi ujian berat ini.

Sedih
sumber: facebook

Al fatihah buat isteri lelaki tersebut. Jagalah cahaya mata tu baik-baik. 

Baca: Kematian yang dicemburui” – 5 Amalan Murni Mohamed Morsi Sepanjang Hidup Yang Ramai Tak Tahu..Al-Fatihah

Morsi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.