in

“Nampak baby bump”- Netizen Syak Elly Mazlein Hamil, Tapi Ini Jawapan Tuan Punya Badan

Cats 33

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Teka-teki mengenai penyanyi dan pelakon Elly Mazlein yang dikatakan hamil atau tidak makin jadi bualan hangat netizen sekarang ini . Tapi, rata-rata netizen mendakwa yang Elly Mazlein kini hamil sebab nampak ada ‘baby bump’ dekat bahagian perut. Betul ke ni?


Menurut mStar, Elly Mazlein tidak berniat untuk rahsiakan perkara itu daripada peminatnya tetapi dia berjanji akan beritahu menerusi platform media sosial sekiranya apa yang didakwa oleh ramai netizen itu betul.

Yhgfg

“Apabila dah sampai masa dan dah confirm, saya akan kongsikan berita gembira itu di Instagram untuk cuba berlaku adil kepada semua pihak media yang sentiasa menyokong saya.”

 

Sephia cakap nak adik

Elly juga ada cakap yang anak perempuannya, Putri Sara Sefhia yang merupakan anak bersama bekas suaminya turut luahkan hasrat untuk ada adik. Agaknya bosan kot jadi anak tunggal, rasa nak ada teman mungkin.

“Sefhia memang dah lama cakap nak adik dan peminat pun nak tengok anak bersama suami.”

Terdahulu, timbul spekulasi yang mengatakan Elly Mazlein sedang hamil sebab ada satu video yang dimuatnaik oleh Suria FM di Tiktok pada 30 Mac lalu yang menampakkan seolah-olah ada ‘baby bump’ di bahagian perut pelakon itu.

@suriamalaysia

SURIA Cinta bersama Elly Mazlein & @djlinsuriacinta

♬ original sound – Suria Malaysia – Suria Malaysia

Elly Mazlein yang dahulu pernah berkahwin dengan pengarah filem Azmi Hatta pada November 2014 dan telah bercerai pada Oktober 2015 kini telah berkahwin dengan Muhammad Azlan Che Nuh pada 18 Januari tahun lepas di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Kita doa yang baik-baik je untuk Elly Mazlein. Kalau ada rezeki, tak ke mana.

 

Sumber: mStar

Baca: “Dah lama tak dengar suara Kak Lina”- Duet Elly Mazlein & Diva AA Bikin Netizen Terpukau

Dddd

Sumber: Tiktok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.