in

“Dah lama tak dengar suara Kak Lina” – Duet Elly Mazlein & Diva AA Bikin Netizen Terpukau

Ft Elly

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kemunculan dua otai lama dalam bintang hiburan tanah air, Elly Mazlein dan Azwan Ali sekali lagi mencuri tumpuan penonton.


Kedua-dua mereka yang berganding bahu sebagai pengacara bagi program Lagu Cinta Kita 2 dilihat menyerikan malam Ahad lalu dengan gandingan untuk menyanyikan lagu popular Ziana Zain, Anggapanmu.

 

Dicabar Ziana Zain

Menerusi satu perkongsian yang dimuat naik di akaun Instagram milik Elly Mazlein, Ziana Zain dikatakan ‘mencabar’ Elly serta pasangan pengacaranya Diva AA untuk menyanyikan lagu Anggapanmu.

Amboi kalau dah kena cabar tak kan nak duduk diam je kan, mesti la sahut!

Bagi menyahut cabaran Ziana Zain, Kak Lina akhirnya menyanyikan lagu tersebut di pentas Lagu Cinta Kita 2.

Walaupun nampak macam bersahaja dengan mimik muka yang dibuat-buat itu, siapa sangka sekali Kak Lina buka mulut, masih kuat sengatannya.

Terpukau dengan suara Kak Lina yang merdu, rata-rata netizen menyatakan hasrat mereka untuk mendengar nyanyian full lagu tersebut. 

Iyalah bukan selalu dapat dengar suara Kak Lina ni mesti la ramai rindukan.

Capture 4 3

Capture 3 8

Amacam korang rasa Kak Lina nak cover full tak, min pun rasa dah lama dah dengan nyanyian KLPP ni!

Baca : [VIDEO] Apasal kau tak nak aku? Pengakuan Jujur Ziana Zain Dekat Soalan Maut Diva AA, Buat Netizen Pecah Perut

Capture 5 1 3

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.