in

“Nak tolong pun takut” – [Video] Penunggang Motor Melambung Kena Langgar Kereta Tiba-tiba Bangun Bersilat?

Collage 12

Bagi penunggang motosikal, risiko dorang bila di atas jalan raya dah tentulah lebih tinggi dari pemandu. Mana taknya, jatuh sikit pun boleh luka ini kan pula kalau terlanggar.

Baru-baru ni, tular satu video di Twitter menunjukkan rakaman dashcam dari sebuah kereta yang sempat merakam pelanggaran antara sebuah kereta dan motor.

Bersilat 1

Kalau korang tengok dari video ni, tak boleh juga nak salahkan kereta yang langgar motor tu, sebab memang tak nampak dan motor tu pulak memang dah terang-terang langgar lampu merah.

Pun begitu, apa yang lebih mengejutkan, walaupun impak pelanggaran agak kuat hingga menyebabkan penunggang motosikal ni melambung tapi dia terus bangun dan buka langkah silat!

Bersilat 2

Tanpa hiraukan dirinya, kereta yang langgar dia mahu pun motor dia yang tersadai dekat tengah jalan tu, lelaki tu terus-menerus bersilat di tengah jalan.

Bersilat 3

Manakala beberapa penunggang motor lain di kawasan itu telah turun membantu mengalihkan motor lelaki tersebut.

Kereta yang melanggar penunggang ini kelihatan berlalu pergi, mungkin berhenti di hadapan kerana tak mahu menghalang kenderaan lain. Tak pun takut kena silat dengan orang naik motor tu…

“Otak bergegar kot”

Screenshot 2020 01 07 At 11.34.46 Am Screenshot 2020 01 07 At 11.35.01 Am Screenshot 2020 01 07 At 11.35.16 Am

Apa-apa pun, admin harap tak ada apa-apa kecederaan yang serious pada penunggang motor tersebut.

 

Baca: “Sampai melambung” – Netizen Terkejut Tengok Kemalangan Melibatkan Lembu Ini

Screenshot 2020 01 07 At 11.44.06 Am