in ,

“Nak sembang pun susah” – [GAMBAR] Hospital Jadi Rumah Kedua, Beginilah Kehidupan Seharian Pasangan Frontliner Ini

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kebanyakan pasangan yang baru berkahwin mesti akan cuti panjang untuk pergi bulan madu kan? Tapi disebabkan pandemik Covid-19 yang tengah melanda satu dunia sekarang ni, pasangan pengantin baru dari India terpaksa lupakan semua tu demi tanggungjawab mereka.


Menurut India Today, Rashmi Mishra dan Ishan Rohatgi baru mendirikan rumah tangga namun mereka terus menjalankan tugas sebagai doktor di sebuah hospital Lok Nayak Jai Prakash Narayan dekat New Delhi.

Jurugambar dan wartawan baru-baru ini berkesempatan untuk mendokumentarikan kehidupan seharian mereka sebagai doktor di hospital yang menempatkan pesakit Covid-19. Jom tengok!

 

Dr Rashmi tolong suaminya, Dr Ishan memakai sut PPE yang mengambil masa setengah jam untuk selesai.

 

Dapat curi masa sikit je untuk bersembang…

 

Bila bekerja, masing-masing profesional. Hanya bercakap tentang pesakit saja.

 

Bila dah penat bekerja cuma sempat tidur sementara tunggu syif nak masuk. Tidur duduk je!

 

Setiap hari bila kena buat pemantauan di wad, pasangan ini menganggap mereka seolah-solah “berjalan masuk ke zon perang”.

 

“Bye bye”. Suami dah habis kerja, isteri masih perlu berjuang.

 

Dalam keadaan getir, mereka tidak balik ke rumah sendiri. Hanya tinggal dan tumpang di guest house hospital yang disediakan untuk para doktor.

 

Setiap orang ada pengorbanan mereka sendiri dalam menghadapi keadaan sekarang yang disebabkan oleh pandemik ini. Selalunya bila doktor atau jururawat je kita akan nampak macam ianya normal sebab itu memang tugas mereka.

Namun sebenarnya setiap seorang daripada mereka pasti ada cerita masing-masing. Sama seperti kisah Dr Rashmi dan Dr Ishan ini yang tolak tepi dulu pasal nak honeymoon atau enjoy hidup sebagai pengantin baru. Semuanya demi untuk melawan Covid-19.

Salute all frontliners di seluruh dunia!

Baca: “Once a doctor, always a doctor” – Dr Noor Hisham Sempat Lagi Luang Masa Bedah Pesakit Walaupun Busy Dengan Wabak Covid-19

Sumber: India Today
Sumber: India Today
Sumber: India Today
Sumber: India Today
Sumber: India Today
Sumber: India Today
Sumber: India Today
Sumber: India Today
Sumber: India Today

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.