in

“Once a doctor, always a doctor” – Dr Noor Hisham Sempat Lagi Luang Masa Bedah Pesakit Walaupun Busy Dengan Wabak Covid-19

Feature 2 9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nak jadi doktor bukanlah suatu perkara yang senang. Semua medical terms nak kena ingat sebab nyawa pesakit ni bukanlah benda yang main-main. Kalau salah rawat, tak pasal-pasal kena saman dengan keluarga pesakit. 


Kali ini, Dr Noor Hisham sekali lagi berjaya menawan hati rakyat Malaysia sebab beliau masih sempat meluangkan masa untuk merawat pesakit walaupun sibuk menghadapi penularan wabak Coronavirus.

Beliau telah kongsikan gambar-gambar beliau dalam operating room beberapa hari lalu menerusi Twitter dan Facebook.

Dr 4

Difahamkan, beliau telah berpeluang untuk membedah pesakit yang menghidapi Multinodular Goitre atau dalam bahasa mudah, masalah kelenjar tiroid.

Disebabkan kita masih lagi dalam tempoh pemulihan dari virus korona, pembedahan juga dilakukan dengan SOP baru. Jadi, Dr Noor Hisham juga telah diberi penerangan tentang cara pembedahan buat pesakit Covid-19.

Jom kita tengok gambar-gambar beliau dalam dewan bedah ni. Cool betul kan doktor-doktor ni!  

Dr 1

Dr 2

Dr 3

Sama-sama kita doakan agar Dr Noor Hisham dapat sentiasa berkhidmat untuk negara. 

Baca: Netizen Sebak Baca ‘Nota’ Dr Noor Hisham Buat Frontliners!  

Dr

Sumber: Twitter
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.