in

“Nak menganjing tak kena tempat” – Bersenam Pakai Telekung, Sharifah Sakinah Sekali Lagi Dikecam Netizen

Sakinah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila seseorang itu bergelar artis atau personaliti yang dikenali ramai, pastinya setiap perkara yang dilakukannya akan menjadi sebutan.


Sedangkan buat perkara baik pun kadang-kadang orang keji, inikan pula buat perkara yang tidak begitu senang di mata masyarakat. Memanglah akan dikecam ramai.

Seperti yang semua tahu, pelakon Sharifah Sakinah antara artis yang sering dikecam kerana pernampilannya yang dikatakan agak seksi di mata netizen.

 

Bersenam dalam telekung 

Baru-baru ini, pelakon yang juga adik kepada Sharifah Shahira ini sekali lagi mendapat kecaman netizen kerana telah memuat naik video melakukan senaman semasa memakai telekung.

Menerusi video tersebut, Sharifah Sakinah dilihat sedang membuat video call bersama tunangnya, Michael Hansen.

Menurut Sakinah, memandangkan malam semalam ialah malam Jumaat, dia tidak sempat menukar pakaian gym dan terus masuk kelas untuk bersenam.

Bila malam Jumaat lepas tu terus masuk class. Tak sempat tukar gym attire,” katanya sambil memberitahu bahawa telekung tersebut merupakan pemberian artis, Marsha Milan.

 

“Ko saje mintak kecam lagi ye kinah… Suka hati ko la” 

Walau bagaimanapun, video tersebut telah mendapat teguran netizen yang berpendapat tidak sesuai untuk Sakinah membuat senaman sambil memakai telekung.

Menurut netizen, telekung ialah pakaian solat dan seseorang tu kenalah memakainya dalam keadaan bersih dan menjaganya dengan baik.

Telekung

Apa-apapun masih ada di kalangan yang berfikiran positif dan mendoakan semoga Sakinah berubah satu hari nanti.

Baca: “Nak gelak, gelak la tapi ini sangat penting” – Beri Sumbangan Bra & Seluar Dalam Kepada Mangsa Banjir, Sharifah Shahira Dipuji Netizen

Shahira

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.