in

“Nak gelak, gelak la tapi ini sangat penting” – Beri Sumbangan Bra & Seluar Dalam Kepada Mangsa Banjir, Sharifah Shahira Dipuji Netizen

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selain daripada Dato’ Sri Siti Nurhaliza, ramai lagi di kalangan artis yang turut tampil menghulurkan bantuan untuk mangsa banjir di Pantai Timur.


Antaranya ialah pelakon dan penyampai radio, Sharifah Shahira yang mengambil inisiatif untuk mengumpul pakaian terpakai untuk didermakan kepada mereka yang memerlukan.

 

“Seluar dan baju dalam baru saya nak kena beli. Sangat diperlukan” 

Menerusi perkongsian di Instagramnya, Sharifah Shahira juga turut menderma pakaian dalam seperti bra dan seluar dalam buat mangsa banjir.

Meskipun kedengaran agak lucu bagi sesetengah orang, tapi kalau difikir secara logik, ini antara bantuan yang sangat diperlukan bagi golongan wanita tau!

“Ni cakap terus terang ya, seluar dan baju dalam baharu saya nak kena beli sebab sangat diperlukan. Aku nak kena pergi beli, saiz nasiblah main beli ni, ke banyak saiz XL ke atas, L faham sangat.

“Benda dah terdesar nak pakai, saya sumbang lain daripada lain sebab itu pun benda penting. Seluar dan bra di mana murah nak cari ni, borong dekat mana.

Itu pun saya campur duit korang bagi beli air dan barangan dalaman. Nak gelak, gelaklah, tapi ini sangat penting,” tulisnya.

 

“Apa yang nak digelakkan, ni pun kira keperluan” 

Inisiatif Sharifah Shahira telah mendapat pujian dan sokongan netizen yang mengakui pakaian dalam merupakan satu keperluan utama buat semua. Selain pakaian dalam, wanita juga sangat memerlukan sumbangan lain seperti tuala wanita.

Sebelum ini, selain menderma pakaian, Shahira juga ada menghantar bekalan air bersih buat mangsa banjir di Pahang.

Semoga urusan pelakon ini dipermudahkan dan mangsa banjir di sana tabah hadapi dugaan.

Baca: Buat tak tahu Lepih nak tenggelam” – Dituduh ‘Abai’ Kampung Kelahiran Yang Kini Banjir Teruk, Ini Jawapan Padu Tokti…

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.