in

Nak Mengaji Tapi Kurang Lancar? Aplikasi Ini Boleh Bantu Anda!

Main 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari ini genap hari ke-25 Perintah Kawalan Pergerak (PKP) selepas diumumkan oleh pihak kerajaan pada tempoh hari. Buat anda yang terlepas, Perdana Menteri baru sahaja mengumumkan bahawa tempoh PKP bakal disambung sehingga ke 28 April 2020 demi menjaga keselamatan negara.


Jika dipandang dari sisi positif, tempoh PKP ini boleh menjadi medium untuk kita mengubah diri ke arah kebaikan. Macam-macam akiviti bermanfaat yang kita boleh buat untuk perbaiki diri dan tambah kemahiran diri sendiri.

Belajar mengaji dengan hanya menggunakan aplikasi

Salah satu aktiviti bermanfaat yang kita boleh buat adalah mengaji al-Quran. Bunyi seperti cliche, tetapi anda perlu baca artikel ini sampai habis untuk tahu apa yang menarik tentang aplikasi ini!

Jika anda khuatir dengan bacaan yang kurang lancar atau tersalah hukum tajwid, aplikasi Tilawah MY ada untuk bantu anda atasi semua masalah ini.

Main Tajwid

Tilawah MY dilengkapi dengan ciri bantuan hukum Tajwid untuk anda lebih memahami cara bacaan ayat-ayat al-Quran. Malah, anda juga boleh mainkan suara bacaan Imam tanpa perlu muat turun apa-apa. Boleh jimat ruang telefon!

Terjemahan ayat

Tidak cukup dengan itu, aplikasi ini juga dengan ciri terjemahan ayat ke dalam bahasa Melayu dan bahasa Ingeeris.

Mainn Trasnlate

Malah, anda boleh letak nota kecil di setiap ayat jika anda mahu menulis sesuatu peringatan. Anda juga boleh meletakkan tanda di bacaan yang terbaru untuk disambung pada kemudian hari.

Mainn Trasnlate 1

Tidak cukup dengan itu, anda juga boleh memainkan bacaan suci surah-surah al-Quran sambil menggunakan aplikasi lain. Yang paling penting, aplikasi ini adalah buatan rakyat Malaysia!

Meskipun belajar tanpa guru itu tidak digalakkan di dalam Islam, namun aplikasi ini mungkin boleh menjadi inisiatif untuk kita bantu diri sendiri.

Kredit: Anasulianna

 

BACA: Lelaki Ini Kongsi Cara Buat ‘Sanitizer Gate’; DIY Dengan Hanya Modal RM257.16

Xxx

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.