in

Lelaki Ini Kongsi Cara Buat ‘Sanitizer Gate’ DIY Dengan Hanya Modal RM257.16

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) baru sahaja dilanjutkan sehingga ke 28 April 2020 selepas diumumkan oleh Perdana Menteri semalam. Pengumuman ini dibuat selepas mengambil kira faktor jangkitan Covid-19 yang dilihat semakin bertambah pada saban hari.


Dalam isu jangkitan Covid-19 ini, kebersihan memainkan peranan yang sangat penting untuk mengurangkan peratusan kadar jangkitan kita terhadap virus.

Sanitizer Gate DIY untuk jaga kebersihan

Seorang pengguna Facebook, Zarul Zabidi ada berkongsikan cara untuk membuat Sanitizer Gate dengan menggunakan barang-barang yang boleh dibeli sendiri, atau dalam bahasa mudahnya secara DIY.

Sanitizer Gate DIY kos serendah RM257.16Harga Dekat Luar Gate nie diorg Commercial kan 20k untuk 1 unit tapi saya ajar…

Posted by Zarul Zabidi on Thursday, April 9, 2020

 

Menurut Zarul Zabidi, harga secara purata bagi sebuah unit Sanitizer Gate di pasaran adalah bernilai RM20,000, malah mungkin ada yang lebih mahal lagi berdasarkan kualiti dan jenama produk.

Namun dengan hanya menggunakan barang-barang yang dibeli sendiri, anda boleh cipta sendiri Sanitizer Gate dengan hanya kos serendah RM257.16!

Barang-barang yang diperlukan:

1. Peripheral water pump
2. Tangki air
3. Germisep Disinfect
4. Water sprinkler

Cara pembuatan:

Berikut adalah gambaran Sanitizer Gate di dalam bentuk lukisan teknikal dan lukisan 3D untuk buat anda lebih fahamkan konsepnya.

Lukisan teknikal:

Lukisan 3D:

Pertama sekali, cecair pembasmi kuman akan dibancuh di dalam water tank terlebih dahulu yang kemudiannya akan digunakan untuk proses semburan. Cecair pembasmi kuman tersebut pula mestilah telah diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Pintu semburan tersebut boleh dibina dengan menggunakan apa-apa bahan yang kukuh. Sebagai contoh, anda boleh menggunakan paip PVC yang tebal dan ikat hos water mist / water sprinkler di bingkai pintu tersebut.

Untuk penambahan, anda mungkin boleh meletakkan sensor yang boleh mengesan kehadiran manusia apabila melalui Sanitizer Gate tersebut. Namun, semuanya bergantung dengan budget anda.

Jika anda masih kurang faham dengan cara pembuatan Gate Sanitizer DIY ini, saudara Zarul Zabidi juga menawarkan bantuan secara talian buat anda!

 

Di mana boleh guna?

Sanitizer Gate ini sesuai digunakan di rumah flat atau apartment, di mana ramai orang akan lalu lalang untuk masuk ke lift atau pintu pagar utama bangunan.

Jika dibina secara berseorangan, mungkin idea ini kelihatan agak menbebankan, namun anda boleh berpakat bersama jiran tetangga dengan berkongsi duit secara beramai-ramai untuk membina Sanitizer Gate ini. Apalah sangat nilai kos ini jika nak dibandingkan dengan keselamatan tempat tinggal kita kan?

Jika anda mempunyai wang yang lebih, mungkin anda boleh bina Sanitizer Gate ini dah sedekahkan ke tempat-tempat yang dikunjungi orang ramai seperti klinik atau pasar raya.

Kita jaga kita!

Terima kasih kepada saudara Zarul Zabidi kerana memberi izin untuk kami kongsikan idea bernas ini. Semoga saudara sekeluarga dimurahkan rezeki!

Sumber: Zarul Zabidi

 

BACA: “Kalau saya mati nanti ustaz doa untuk saya” – Kisah Ustaz Ebit Lew Dengan Wanita OKU

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.