Aku adalah seorang budak girl, mesti korang dah familiar sangatkan sejak baru-baru ni dengan lagu Aku Budak Girl nyanyian TikToker meningkat naik bernama Suekhaizar.
Walaupun baru dimuat naik di YouTube kurang dari lima hari, ternyata lagu itu menjadi perhatian ramai apabila peroleh lebih 1 juta views. Namun lagu tersebut turut menjadi kecaman netizen dengan pelbagai komen negatif diberi selain lagu tersebut menerima lebih dari 80k dislikes.
Ada yang belum pernah dengar? Meh min lanje sikit lagu dia.
Pikir positif segala kecaman
Terbaru dalam satu temu bual bersama mStar, Sue memberitahu bahawa dia agak down dengan segala kecaman dan komen diberi. Namun dia bersikap profesional dan menerima segala kritikan tersebut tapi dia meminta untuk tidak menyalahkan label syarikat yang mengambilnya itu.
Gadis berusia 17 tahun itu juga turut menyatakan bahawa semangat untuk menyanyi itu masih ada bahkan makin kental disebalik segala kecaman diterima. Selain dia turut memberitahu bahawa itu adalah minat dia sejak di bangku sekolah lagi.
“Sejak sekolah dah banyak menyanyi, masuk nasyid semua tu. Tapi semenjak masuk sekolah menengah tinggalkan semua nyanyi ni dulu”
Nak jadi macam Mira Filzah
Selain itu bila ditanya sama ada ingin mencuba nasib dalam bidang lakonan dan modelling, Sue dengan yakin memberitahu bahawa dia betul-betul minat dalam bidang tersebut selain meluahkan hasratnya untuk jadi seperti Mira Filzah. Bagus keyakinan dan niat tu dah ada!
“Berlakon model tu memang minat!.. Sue sebenarnya minat Mira Filzah, so nak jadi macam Mira Filzah” – katanya
Di akhir temu bual, dia berterima kasih di atas segala kata-kata yang diberikan oleh netizen kepadanya dan dia memaafkan orang-orang yang DM meminta maaf kepadanya.