in

Jalan Cerita Hampir Sama, Warganet Dakwa Drama Ini Sebagai Hotel del Luna Versi Malaysia

Cats 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Harus diakui, filem dan drama Korea Selatan sememangnya berkualiti tinggi dan mempunyai jalan cerita yang unik sehingga menjadi panduan pembikin filem dari seluruh dunia.


Sebagai contoh, filem Train to Busan bakal diadaptasi menjadi versi Hollywood selepas kejayaan filem ini menarik perhatian penonton dari seluruh dunia.

Terbaharu, sebuah drama tempatan yang bertajuk The Hotel lakonan Mira Filzah dan MK K-Clique mula menarik perhatian peminat kerana konsepnya yang kelihatan menarik dan unik.

1 6

Meskipun drama ini belum lagi ditayangkan, The Hotel sudahpun menjadi buah mulut warganet apabila ada yang mengatakan konsep drama ini seolah-olah sama dengan Hotel del Luna.

2 1 2

Malah, ada warganet yang mendakwa jalan cerita The Hotel seolah-olah sama seperti The Penthouse menerusi satu ciapan. Mungkin kebetulan?

6

Menurut sumber, The Hotel mengisahkan Raisa (Mira Filzah) yang menjalani kehidupan mewah bersama ibunya, Maya. Namun begitu, Raisa mengalami masalah gangguan mental yang membuat dirinya sukar untuk mengawal emosi dan tingkah laku.

Raisa akhirnya bertindak mengikut kehendak sendiri sehingga sanggup membunuh.

Bagaimanapun, dalam satu hantaran di Instagram, Michael Ang menepis dakwaan bahawa drama ini adalah adaptasi dari mana-mana sumber lain. Beliau turut mengajak orang ramai untuk menyokong drama ini apabila mula ditayangkan kelak.

“Cerita bukan adaptation atau apa apa ya. It is a original story. “

https://www.instagram.com/p/CTl8eBHDmcR/

Untuk rekod, The Hotel akan mula bersiaran pada 15 September ini di Astro Ria.

Sumber: KimchiDaily, MyInfoTaip

BACA7 Filem Seram Terbaik Turki Yang Seram & Mampu Buat Anda Sukar Tidur Malam!

Cats 3

Sumber: Sumber
Sumber: Sumber

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.