Beberapa hari lepas, tular sebuah klip dari podcast tempatan yang menceritakan terdapat seorang selebriti wanita yang mempunyai masalah attitude sehinggakan sanggup membaling skrip ke arah krew produksi.
Apabila ada cerita panas sebegitu, sudah pastinya netizen akan mencari siapakah yang dimaksudkan oleh moderator tersebut.
@syoksyoksyok Wah! betul-betul rancak eh episod kali ni! OMG! Very the HOT TEA! ??? Biar betul! Campak skrip? Takkan la! Tapi orang industri memang lebih tahu kan…..siapa agaknya selebriti misteri yang Sarancak ngan Nell cakap ni? Banyak lagi tau hot tea! Korang kena tengok episod penuh Sembang Atas Dulang Musim Kedua! @Ceddy – CEO of Makan Makan @Nell Hanan @Sarancak #podcast #ttylpodcast #sarancak #nellhanan #ceddy #selebriti #selebritimalaysia
Antara nama yang ‘naik’ dalam ruangan komen klip tersebut di TikTok ialah pelakon cantik manis Mira Filzah kerana gambaran yang diberikan itu seakan ‘kena’ dengan pelakon Cinta Si Wedding Planner itu
Pun begitu, dalam satu komen di Instagram, Mira Filzah menolak kenyataan oleh netizen itu dan berkata dia sendiri tidak mengenali individu yang menuduhnya itu.

“Hampir 10 tahun berlakon, tak pernah saya baling apa-apa pun pada orang,” tulisnya.
Dalam potongan klip podcast itu, selebriti yang dikatakan itu dilihat sopan-santun di hadapan orang awam tetapi mempunyai sikap yang berbeza di belakang kamera.
Namun, antara moderator dalam klip tersebut iaitu Sarancak berkata individu yang dimaksudkan itu bukanlah Mira Filzah seperti yang dikatakan oleh netizen.

Hish korang ni, jangan lah tuduh-tuduh. Tapi siapa yang dimaksudkan tu?
Sumber: TikTok
