in

Nak Halalkan LGBT? Lelaki Ini Bagi Cadangan….

Gaysssss

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Isu gay, lesbian dan LGBT sekarang ni makin menjadi-jadi dalam kalangan anak muda negara kita. Semenjak ramai pejuang liberal ni muncul kat sosial media dengan aksi-aksi merapu dorang, makin ramai jugaklah yang berani tunjuk belang.


Bosan dengan golongan gay yang makin menjadi-jadi ni, seorang individu come up dengan satu cadangan yang dikongsikan di Twitter untuk halalkan golongan gay dengan letak mereka semua dalam satu pulau.

Dgahqdwu8Aueewp
sumber: twitter
Gay 1
sumber: twitter

Cadangan berunsur sindiran ni mendapat komen daripada netizen di Twitter yang menyokong tindakan tu. Iyelah kan, kalau korang letak semua gay dalam satu pulau, dorang bebas nak buat apa yang dorang suka. Tak adalah mengganggu ketenteraman masyarakat.

P 1
sumber: twitter
Dgif4Leu0Aa Tl9
sumber: twitter

Amboi korang siap cadang duduk nama pulau pelik-pelik. 

Tapi nak hapuskan golongan gay ni bukan senang. Lagi kita marah dan kecam dorang, makin ramai pulak yang muncul kan. Menurut pengguna Twitter, LGBTQ ni adalah satu pergerakan untuk mengubah sistem dunia. Amerika siap legalize gay satu negara dia tau.

Gay 2
sumber: twitter

Kami tak tahulah sama ada kenyataan tu benar atau tak, tapi golongan LGBT ni takkan pupus dengan meletakkan dorang ni semua dalam satu pulau dan diasingkan jauh daripada orang ramai. Hal ni kerana, golongan gay dilahirkan daripada pasangan yang normal dan belum tentu bayi yang dilahirkan tu akan jadi normal atau gay. Hmm ye tak ye jugak kan? 

Pu 1
sumber: twitter

Apa-apapun janganlah terus mengalah dalam berdakwah kepada golongan LGBT ni. Masalah mereka ni bukan mudah nak ditangani sebab gay atau lesbian ni kononnya terhasil daripada naluri manusia yang tak normal kerana tertarik kepada jantina yang sama. Yang paling penting cegah daripada dekati atau lakukan aktiviti songsang supaya tak terjebak dengan perkara seperti ini.

Kalau tak boleh nak nasihat golongan macam ni dah, sedekahkanlah doa kat dorang supaya terbuka hati nak berubah. 

Baca: “Tergamak cemarkan hari suci dengan parodi yang hina” 

Faiz Roslan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.