in

“Nak deny lagi ke?” – Jerebu Indonesia Teruk Sangat, NASA Dedah Gambar Asap Boleh Nampak Dari Angkasa

Collage 35

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kebakaran hutan di Kalimantan, Indonesia membuatkan negara-negara jiran seperti Malaysia dan Singapura terpaksa menanggung jerebu yang semakin teruk setiap hari.


Bukan tu je, akibat dari kebakaran ni, Kuching diumumkan sebagai bandar paling tercemar dalam dunia kerana jerebu sementara banyak sekolah-sekolah di Malaysia telah diarah untuk tutup sementara.

Udara di Indonesia pulak teruk sangat sampai banyak burung mati jatuh dari langit, seorang bayi berusia empat bulan meninggal kerana masalah pernafasan serta orang tua berusia 59 tahun meninggal duduk di antara pokok dalam ketebalan asap di ladangnya. Mana taknya, bacaan API dekat sana lebih 600!

1 4 1

Macam yang korang tahu, rakyat Indonesia sekarang nak keluar pun tak boleh nak nampak jalan akibat jerebu yang teruk sangat. Sampaikan asap ni boleh dilihat dari ruang angkasa.

Baru-baru ni, NASA telah keluarkan imej satelit negara Indonesia yang diambil pada 14 September dan dimuatnaik di dalam laman web mereka, NASA’s Earth Observatory.

Dalam gambar kat bawah ni, korang boleh tengok kawasan Kalimantan diselaputi asap putih sampaikan tanah pun tak boleh nampak dari imej satelit ni.

Indonesia Amo 2019257 1
Sumber: nasa’s earth observatory
Indonesia Geos 2019260
Sumber: nasa’s earth observatory
Indonesia Oli 2019258
Sumber: nasa’s earth observatory

Data yang direkodkan oleh NASA juga menunjukkan yang api dari hutan Kalimantan dah bermula dari awal Ogos dan berkurangan pada September.

So, make sure korang sentiasa pakai topeng muka and sesiapa yang ada anak kecil tu bolehlah stop buat aktiviti luar buat sementara waktu.

 

Baca: “Dosamu besar wahai Sumatera!” – Kanak-kanak 4 Bulan & Warga Emas Jadi Korban Pertama Asap Jerebu di Indonesia

Screenshot 2019 09 18 At 4.51.50 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.