Keadaan jerebu yang melanda beberapa kawasan di negara ini bukan sahaja mengganggu sesi persekolahan, malah turut memberi kesan kepada pelaksanaan pentaksiran murid.
Susulan itu, Kementerian Pendidikan (KPM) mengumumkan pelanjutan tarikh pengisian markah bagi tiga pentaksiran, iaitu Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA), Peperiksaan Akhir Sesi Akademik (PAT/PASA) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) menerusi sistem MOEIS KPM.
Tarikh Pengisian Markah UASA Dilanjutkan Ke 28 November
Bagi Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA), tarikh pengisian markah yang pada asalnya ditetapkan pada 21 November 2026 kini dilanjutkan kepada 28 November 2026.
Pengisian Markah PAT/PASA Turut Dilanjutkan
Tarikh pengisian markah bagi Peperiksaan Akhir Sesi Akademik (PAT/PASA) turut mengalami perubahan apabila tarikh asal 21 November 2026 dilanjutkan kepada 28 November 2026.
Tarikh Pengisian Markah PAJSK Dilanjutkan Ke 5 Disember
Sementara itu, bagi Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), tarikh pengisian markah yang sebelum ini ditetapkan pada 30 November 2026 kini dilanjutkan kepada 5 Disember 2026.
Menurut KPM, pelanjutan tarikh ini diharapkan dapat memberikan lebih keselesaan kepada murid, guru, ibu bapa serta penjaga dalam melaksanakan proses pengisian markah menerusi sistem MOEIS KPM.
Sumber: Siaran Media Kementerian Pendidikaan Malaysia
