in

“Ini bukan Malaysia lawan Indonesia” – Syed Saddiq Bidas Kenyataan Bekas Menteri Indonesia

Ft Syed Saddiq

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, isu jerebu merentas sempadan kembali hangat diperkatakan apabila seorang bekas Menteri Perdagangan Indonesia, Muhammad Lutfi tampil mengeluarkan kenyataan yang agak kontroversial berkaitan syarikat-syarikat dari Malaysia dan Singapura.

Tidak berdiam diri, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah membidas kenyataan tersebut menerusi satu video penjelasan.


Artikel berkaitan : “Saya yang b*doh politik bisa paham” -Isu Jerebu Makin Panas, Baim Wong Sokong Kenyataan Syed Saddiq

Artikel berkaitan : “Kalau tak ada yang diadili, pemerintah yang patut diadili” – Jefri Nichol Luah Rasa Bengang Pembakaran Hutan Makin Teruk

Jangan petik laporan separuh jalan – Syed Saddiq

Menurut Syed Saddiq, isu ini bukanlah soal antara Malaysia lawan Indonesia, sebaliknya ia adalah perjuangan rakyat yang mahukan udara bersih untuk melawan pihak yang mencemarkannya.

Beliau menegaskan bahawa syarikat dari mana sekali pun sama ada dari Malaysia, Indonesia, mahupun Singapura jika terbukti bersalah membakar hutan demi mengejar keuntungan cepat, perlu dikenakan tindakan tegas.

Screenshot 2026 10 22 111947

“Bendera bukan lesen untuk merosakkan alam. Mereka beroperasi di Indonesia di bawah undang-undang Indonesia. The power is in your hands!”

Beliau turut menambah bahawa di Parlimen Malaysia sendiri, beliau sudah mendesak agar tindakan diambil terhadap syarikat Malaysia yang terlibat.

Mengulas mengenai tuduhan terhadap syarikat SD Guthrie, Syed Saddiq menjelaskan bahawa saiz besar tidak bermakna mereka secara automatik bersalah. Sehingga kini, tiada sebarang bukti kukuh yang menunjukkan syarikat tersebut menjadi pencetus kebakaran.

“Mereka mempunyai 67 pasukan, lebih 1,000 anggota terlatih, dron dan inframerah dengan perbelanjaan lebih RM800,000 sebulan untuk tangani isu ni.”

Dalam pada itu, Syed Saddiq turut mengulas mengenai laporan Greenpeace yang dibahaskan Muhammad Lutfi. Syed Saddiq mengingatkan agar fakta tidak dipetik secara ‘separuh cerita’.

“Kalau mahu petik laporan Greenpeace, jangan petik separuh cerita. Laporan itu merekodkan 19 titik sumber asap di konsesi syarikat KLK berbanding 6,811 yang lain. Bapak mahu kami hanya fokus kepada penyumbang 0.3% dari 99.7% yang lain? Jangan lantang terhadap 1 nama, kemudian senyap terhadap yang lain.”

Bahkan, Syed Saddiq turut menyuarakan mengenai tindakan kerajaan Malaysia yang sebenarnya sudah pun menawarkan bantuan berupa sebuah pesawat, tiga buah helikopter serta anggota penyelamat. Namun, tawaran bantuan tersebut seolah-olah diabaikan oleh pihak pentadbir di sana.

“Malaysia sudah pun menawarkan pesawat, tiga helikopter dan anggota, tetapi kena ghosting oleh pentadbir di Indonesia. Nak tolong pun susah.”

“Bapak, haze does not discriminate. It does not care about the color of your skin, your religion, or your nationality.“

“Anak Malaysia sesak nafas, anak Indonesia pun sesak nafas. Our flags may be different, but our need to breathe is the same. Jangan bela pembakar kerana benderanya, bela rakyat kerana nyawanya.”

Teguran ini dibuat berikutan dengan kenyataan Bekas Menteri Perdagangan Indonesia, Muhammad Lutfi yang menyelar gesaan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, supaya ASEAN memulaukan Indonesia susulan isu jerebu rentas sempadan yang terus berulang.

Katanya, tindakan menyasarkan seluruh Indonesia atas isu jerebu tidak wajar kerana pihak yang bertanggungjawab terhadap kebakaran hutan dan tanah sepatutnya dikenal pasti serta dikenakan tindakan.

Sumber: Instagram, Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.