in

Nadir Al-Nuri Dedah ‘Misi Gila’ PMX, Selamatkan Keluarga Yang Terkandas Di Palestin

Anwar Pmx Nadir Al Nuri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berjauhan dari keluarga, terutamanya apabila orang yang kita sayang diancam bahaya peperangan adalah sesuatu yang sangat perit untuk dilalui.


Namun mujurlah, CEO Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman semalam mendedahkan yang dia telah berjaya disatukan semula dengan ahli keluarganya selepas satu ‘Misi Gila’ yang dilakukan oleh seorang figura penting di negara ini.

Artikel berkaitan: “Rileklah suruh doa je pun” – Dikritik Kaitkan Palestin Dengan Rentas Negeri, Ini Respon Nadir Al Nuri

Artikel berkaitan: Nadir Al-Nuri Jelas Isu Sumbangan RM20 Juta Setahun, Siap Sertakan Laporan Kewangan

“183 hari yang panjang” – Nadir Al-Nuri 

Menerusi pendedahan Nadir di posting Facebook, saat Gaza berdepan dengan perang yang sengit, keluarganya telah berjaya mengharungi kepayahan itu dan sampai ke Rafah untuk menyelamatkan diri.

Lalu demi menyelamatkan keluarganya, Nadir bersama sahabatnya, Dr Sani Araby MAPIM telah bertemu dengan individu yang menjadi ‘watak utama’ dalam misi untuk menyelamatkan keluarganya di sana.

Dalam ramainya orang, sempat saya maklumkan keluarga terkandas di Rafah.

“Beliau hanya sempat membelek kiriman kami, memberikan respon ringkas ‘saya akan bantu’ dan terus menaiki kenderaannya memecut ke majlis seterusnya.

“Hati saya mula luluh, mungkin itu bahasa orang politik saja. Namun dalam surat saya, ada saya akhiri ayat dengan ‘Kepada Allah jualah kami berserah’. Saya langsung tawakal dan serahkan segalanya kepada Allah,” katanya.

436256108 743402787956473 4108388881986116303 N

Sehari sebelum Aidilfitri, Nadir memberitahu yang dia telah dihubungi Setiausaha Politik Perdana Menteri (PMX), Farhan Fauzi yang sering bertanyakan mengenai keadaan keluarga Nadir dan perkembangan di Gaza.

Kali ini nadanya berbeza, agak serius dan beliau memaklumkan kami untuk datang ke satu lokasi khas.

“Saya dan (Dr) Sani saja dibenarkan ke sana! Allahuakbar. Ada apa pula ni? Saat sampai ada kenderaan hitam menanti. Risau juga macam dalam movie.

“Alangkah terkejutnya saya saat pintu dibuka, saya diterpa anakanda yang selalu hadir dalam mimpi sekian malam. Air mata seorang ayah sudah bertakung tak mampu menahan kerinduan…” kata Nadir.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nadir Al-Nuri (@nadiralnuri)

“Watak utama dalam ‘Misi Gila’ ini adalah Perdana Menteri kita!” 

Menurut Nadir, misi itu dikatakan sebagai ‘Misi Gila’ kerana bukannya mudah untuk mengeluarkan keluarganya ketika bedilan roket dan hentaman bom bertali-arus di sana.

Namun secara senyap pemimpin negara dikatakan telah menghubungi pihak sana dan menerusi diplomasi, masalah ini akhirnya terlerai.

Prosesnya cepat, teratur dan lancar walaupun penuh dengan 1001 cabaran tersirat. Kisahnya akan keluar satu demi satu tetapi tak semua saya berhak untuk kongsikan.

“Tetapi watak utama dalam ‘Misi Gila’ ini adalah Perdana Menteri kita, Dato’ Seri Anwar Ibrahim sendiri!”

Nadir pada masa yang sama telah mengucapkan terima kasih kepada PMX dan individu-individu lain yang bekerjasama dalam membantu menyelamatkan keluarganya di sana.

PMX ucap terima kasih kepada kerajaan Arab Mesir 

Dalam pada itu, ucapan berkenaan telah mendapat respon daripada PMX sendiri yang bersyukur Nadir dapat disatukan semula dengan ahli keluarganya.

Beliau juga memberi penghargaan kepada sahabatnya, Presiden Abdel Fattah Al Sisi dan kerajaan Republik Arab Mesir di atas kerjasama yang diberikan.

Syukur Alhamdulillah… seronok tengok anak-anak Nadir dapat bertemu semula dengan bapa mereka.

Sumber: Instagram, Facebook (1) (2)

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.