in

Nadir Al-Nuri Jelas Isu Sumbangan RM20 Juta Setahun, Siap Sertakan Laporan Kewangan

Cover 22

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sudah lebih seminggu, kemelut di antara Caprice, Ustaz Ebit Lew dan Nadir Al-Nuri menjadi bualan dan topik perbincangan rakyat Malaysia.


Baru-baru ini, Ustaz Ebit Lew (UEL) ada membuat keterangan berkenaan isu yang terpalit terhadap dirinya. UEL juga ada bertanyakan kepada Nadir Al-Nuri berkenaan sumbangan RM20 juta yang diterima oleh pihak NGO Cinta Gaza Malaysia daripada rakyat Malaysia.

Untuk menjawab persoalan UEL, Nadir Al-Nuri ada membuat Sesi Townhall Cinta Gaza Malaysia (CGM) secara siaran langsung di Facebook untuk memberi penjelasan tentang isu tersebut.

Jelas Nadir, pihak Cinta Gaza Malaysia tidak menerima sumbangan RM20 juta setahun seperti yang dinyatakan. Dia juga menjelaskan bahawa sumbangan yang diterima tidak hanya diuruskan oleh CGM sahaja.

Sambungnya, pihak CGM hanya mengambil 3 peratus daripada jumlah sumbangan untuk cas pengurusan, meskipun pihaknya boleh mengambil sehingga 30 peratus jika mengikut undang-undang.

Untuk membaca laporan kewangan Cinta Gaza Malaysia, anda boleh berbuat sedemikian dengan klik di sini (2018) dan juga di sini (2019).

Buat anda yang mahu menonton Sesi Townhall Cinta Gaza Malaysia dengan lebih lanjut, boleh tonton di pautan ini.

 

BACA: “Rileks guys, saya ok je, kita kerja NGO ni semua ada hitam putih” – Nadir Al-Nuri Jawab ‘Soalan’ UEL?

Aaaaa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.