Baru-baru ini Bella Dally ada memuat naik respon mengenai isu gambarnya disunting menjadi bahan props untuk drama Silang, lakonan Nazim Othman dan Emma Maembong di Instagram sebelum dipadam.
Ia berikutan dengan penerimaan DM bertalu-talu oleh peminatnya selepas kes itu menjadi viral.
Saya tak puas hati jadi saya hubungi Sis Sheila sendiri, saya dah maafkan – Bella Dally
Bella ada menghubungi Sheila Rusly sendiri untuk bertanyakan mengenai isu tersebut, Sheila Rusly selaku pemilik syarikat produksi yang menjayakan drama tersebut tampil memohon maaf bersama individu yang mengendalikan props untuk drama tersebut.
Silap saya juga sebab tak sensitif dengan isu ni – Sheila Rusly
Dalam pada itu, Bella berharap agar mana-mana pihak produksi tidak mengambil mudah dalam isu-isu sebegini.
Terdahulu, gambar perkahwinan Bella Dally dan bekas suaminya Nazim Othman telah dijadikan bahan props untuk drama Silang.
Dalam babak tersebut, gambar Bella disunting dengan menggantikan muka heroin Emma Maembong, isu ini viral di Twitter dan menjadi bualangan hangat netizen.