in

“Apa agaknya Bella punya reaction eh” – Netizen Berdekah Tengok Muka Bella Kena Edit Dengan Emma Dalam Babak Drama

Kantoi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, drama Silang baru sahaja di tayangkan, gandingan mantap antara Emma Maembong dan Nazim Othman sudah menjadi salah satu tarikan utama penonton.


Bagaimanapun, selepas ia ditayangkan viral di Twitter pasal ada sesuatu yang ‘tak kena’ dalam salah satu babak drama tersebut.

 

“Benda boleh Copy Paste”

Disunting

Nazim dan Emma memegang watak sebagai pasangan suami isteri, ada satu babak yang menunjukkan ‘hiasan’ perkahwinan mereka berdua.

Kalau korang perasan memang ada sesetengah drama sanggup buat photoshoot ala-ala wedding untuk dijadikan prop semata-mata nak tunjukkan gambar mereka berdua dah kahwin. 

Tapi, dalam drama ni @irdnabtrisyia ada perasan sesuatu yang tak kena. Tajam betul mata netizen sekarang!

Dia dapati gambar tersebut merupakan gambar lama perkahwinan Nazim dengan Bella dulu dan disunting menggunakan muka Emma.

Disunting2 Disunting3

Umumnya kita tahu sejarah perkahwinan pasal Bella & Nazim, jadi lebih daripada 23, 000 netizen yang retweets pasal hal ni, kebanyakannya rasa terhibur bila melihat ‘babak kantoi’ ni dan juga mempersoalkan samada Bella tersinggung bila melihatnya.

 

Save bajet betul..Copy paste je – Netizen

Silang Silang2 Silang3 Silang4

 

“Apa agaknya Bella Dally punya reaction eh”

Silang5 Silang6 Silang7

 

Rasanya mesti pihak produksi dah bagi tahu kepada Bella awal-awal pasal hal ni, dan ia hanya sebagai gambar ilustrasi. Harap tak ada isu antara mereka berdua.

Mungkin cara kerja produksi yang membuatkan netizen terhibur.

 

Baca : “Kalau dia jemput secara rasmi pun saya takkan hadir” – Nazim Othman Menyesal Tak Pertahankan Perkahwinannya Dengan Bella Dally

Nazim

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.