in

“Mustapa ooo Mustapa”-Hanya Sebab Gigi Rongak, Lelaki Ceraikan Isteri Dengan Talak 3

Featured New

Hanya kerana memiliki gigi rongak, seorang wanita diceraikan suaminya dengan talak 3 dalam kejadian yang berlaku di Hyderabad, India.

Mengikut cerita Rukhsana Begum, 25 tahun, suaminya yang dikenali sebagai Mohammed Mustafa, 36 tahun dan keluarga mentuanya sering desak meminta supaya wang hantaran perkahwinan ditambah.

Lapor Awani, keluarga Mustafa sentiasa meminta macam-macam benda sejak hari perkahwinan mereka dan keluarga gadis itu hanya menurut sahaja.

2 2
Sumber : ndtv

“Selepas perkahwinan kami, suami saya dan keluarga mentua paksa saya bawa lebih banyak emas dan wang dari rumah saya. Malah motosikal adik saya pun diambilnya,”

Lebih teruk lagi, Rukhsana mendakwa dia selalu didera sebelum akhirnya Mustafa berkata yang dia tidak lagi menyukai Rukhsana dan tidak mahu hidup bersama kerana gigi gadis itu rongak.

Bukan itu sahaja…

“Keluarga mentua mengurung saya di dalam rumah mereka selama 10 ke 15 hari,”

Rukhsana dilaporkan berkahwin dengan Mustafa pada 27 Jun 2019 dan sepanjang perkahwinan mereka, dia akan dihantar ke rumah keluarganya setiap kali dia jatuh sakit, sebelum dia diceraikan lelaki itu.

3 1
Sumber: timesofindia

Disebabkan dah tak tahan, Rukhsana failkan aduan terhadap bekas suami dan keluarga mentuanya sebelum Mustafa bersetuju untuk berbaik dan bawa gadis itu pulang.

“Tapi pada 1 Oktober, Mustafa datang dan maklumkan tidak akan membawa saya pulang. Sebaliknya dia hina ibu bapa saya dan menuturkan talak tiga,”

Menurut polis, kes terhadap Mustafa dan keluarganya difailkan pada 31 Oktober setelah aduan diterima daripada Rukhsana pada 26 Oktober.

 

Baca : Member dah menggigil kena dengan Pretty Zientaq! Netizen Tergelak Tengok Pelancong Malaysia Diusik Mak Nyah India

India