in

“Menangis tepi tingkap” – Anak Umur 3 Tahun Selalu Sebut Pocong, Wanita Kongsi Sudah Diganggu ‘Ketukan Misteri’ Sejak 3 Bulan Lalu

Ketuk2 Ramadan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semenjak dua menjak ini, viral pula kisah beberapa kampung di Sabak Bernam kecoh diganggu ketukan pintu yang kuat sehingga mengejutkan penghuni rumah.



Cerita ketukan pintu misteri ini telah menjadi perbualan hangat netizen di Facebook sehingga seorang wanita ini turut berkongsi pengalaman seram yang dialaminya.

Menurut mStar, Nur Rabitahani Basroh yang menetap di Kampung Kemboja, Sepintas dekat daerah Sabak Bernam sejak enam tahun lalu berkata, dia sering diganggu bunyi ketukan pintu tanpa salam sejak tiga bulan lepas lagi. 

Rabit

“Sebenarnya gangguan misteri ini bukan perkara baru bagi saya. Pintu rumah saya sering diketuk tiga kali tanpa salam sejak tiga bulan lalu. 

“Waktu tu pukul 10 malam. Saya hanya tinggal dengan anak-anak. Bukan saja pintu rumah diketuk, gril rumah pula digegar macam nak roboh bunyinya. 

“Sekarang tak sangka benda tu ganggu satu Sabak Bernam. Gangguan tu bermula pukul 10 malam sampai 4 pagi, kiranya benda tu kuat lepas Maghrib, nak Subuh jadi lemah,” katanya.

 

Bukan saja ketukan, dengar suara menangis juga

Tak cukup dengan bunyi ketukan, Rabitahani juga katanya pernah dengar bunyi suara menangis merintih seolah-olah meminta pertolongan.

Selang beberapa minit pintu rumah diketuk, saya dengar bunyi suara menangis mendayu-dayu seolah-olah meminta tolong dekat tepi tingkap di ruang tamu. 

“Masa tu saya memang dah menggigil, tak berani buat apa-apa. Cermin tingkap masa tu memang tak pasang langsir tapi saya tak nampak apa-apa kelibat lalu,” ceritanya lagi.

Popo

Tambahnya lagi, dia kemudian membuka pintu rumah kerana tidak mengesyaki apa-apa. Sebaik melihat tiada orang di luar rumah dan kesan tapak kaki pun tiada, dia mula merasa seram sejuk.

“Saya pun cerita dengan seorang jiran. Dia siap pesan jangan keluar rumah malam-malam sebab ada orang di Sepintas tengah uji ilmu seru pocong,” katanya.

 

Anak umur 3 tahun kerap sebut pocong 

Sejak dari kejadian tersebut, Rabitahani bersama anak-anaknya kini bermalam di rumah ibunya dekat Batu 2 Sepintas. Dia mengambil keputusan tersebut sejak Jumaat lalu kerana takut dan rumah emaknya juga tidaklah jauh dari tempat tinggalnya.

“Ramai kata hantu raya sebab mencari tuan rumah baru tapi yang arif bab ilmu ghaib kata pontianak. 

“Anak saya berumur tiga tahun selalu sebut pocong. Saya kerap dengar bunyi ramai orang berseret atas bumbung setiap malam. Ramai kata kalau dari bumbung ke pintu ni kerja pontianak,” katanya lagi.

Komen 2
Rabitahani dan komen netizen berkaitan isu ini

Dalam pada itu, dia juga berharap masalah ini dapatlah diselesaikan dengan secepat mungkin. Anak-anaknya juga sudah jadi takut walaupun tinggal di rumah sendiri.

“Saya merancang untuk pindah ke rumah baharu bulan depan kerana tidak tahan diganggu. Orang yang berubatkan saya dulu pernah kata rumah saya tu laluan jin,” jelasnya lagi.

Harap-harap adalah yang arif dalam hal ini dapat selesaikan isu tersebut. Kalau min, dah lama dah pindah. Takut oi kalau hari-hari kena ganggu. 

Baca: “Tiba-tiba terdengar bunyi ketuk pintu, tapi orang takde” – Penduduk Sabak Bernam Dihantui Misteri Ketukan Pintu

Ketuk

Sumber: mStar
Sumber: mStar
Sumber: mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.