in

Murid Darjah 6 Terjun Bangunan Tingkat 4 Sekolahnya Lepas Dimalukan Guru Matematik Depan Kawan-kawan Kelas

Featured 15

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang murid perempuan berumur 12 tahun nekad terjun dari tingkat 4 bangunan sekolahnya di Guangdong, China pada Selasa minggu lepas.


Bapa kepada kanak-kanak malang tersebut kemudiannya dimaklumkan mengenai kejadian tersebut dan segera hadir ke sekolah sebelum mendapati anaknya terbaring tidak sedarkan diri, lapor World Of Buzz.

Xiao Ru kemudiannya dikejarkan ke hospital namun dia tidak dapat bertahan kerana mengalami kesukaran bernafas selain telah kehilangan banyak darah.

Dia tersenyum untuk kali terakhir ketika saya memanggil namanya”– Bapa

12Yo Chinese Girl Jumps To Her Death In Front Of Her Classmates After Her Teacher Humiliates Her World Of Buzz 2
Sumber: sina

Selepas kejadian tersebut, bapa kanak-kanak itu terus ke sekolah dan meneliti semua video rakaman kamera litar tertutup (cctv), dan disitulah segala-galanya terbongkar.

cctv menunjukkan kejadian berlaku pada waktu rehat dimana guru matematik, Wang bertegas nak periksa kerja sekolah Xiao Ru tanpa sempat kanak-kanak itu makan tengahari”

“Wang kemudian mencampak kerja sekolah Xiao Ru ke lantai di hadapan murid-murid yang lain dan berteriak memarahi mangsa yang gagal menyiapkan kerja sekolahnya”.

Mangsa juga dipukul dengan pembaris dan dimarahi secara berterusan selama 3-4 minit.

12Yo Chinese Girl Jumps To Her Death In Front Of Her Classmates After Her Teacher Humiliates Her World Of Buzz 3
Sumber: sina

Lebih menyedihkan kesemua rakan-rakan kelasnya menyaksikan kanak-kanak itu dimarahi guru terbabit menyebabkan dia menangis.

Wang juga memukul Xiao Ru dengan pembaris dan berterusan memarahi mangsa selama 3-4 minit.

Kesemua rakan-rakan sekelas menyaksikan Xiao Ru dimarahi guru terbabit menyebabkan mangsa menangis.

12Yo Chinese Girl Jumps To Her Death In Front Of Her Classmates After Her Teacher Humiliates Her World Of Buzz 5
Sumber: sina

Difahamkan selepas daripada itu, Xiao Ru keluar dari kelas sebelum bertindak diluar jangkaan dengan terjun dari tingkat empat bangunan sekolah.

Bapa kanak-kanak malang itu menuntut penjelasan Wang ekoran kejadian tersebut namun guru itu tidak tampil malah pihak sekolah juga gagal tunjukkan sijil kelayakan Wang mengajar di sekolah itu.

 

Kita pun tak jangka situasi macam ni boleh berlaku, tapi sebagai seorang guru rasanya diorang dah diajar macam mana cara mengajar atau menegur murid dengan betul.

Baca : Struggle capai quota tapi komisyen tak banyak Lelaki Terjun Bangunan, Tak Tahan Gaji Basic RM 1000

Terjun

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.