Penat bekerja lebih masa, gaji kasar bulanan cuma RM 1,000 namun hasilnya tidak memberangsangkan dan masih belum boleh tampung perbelanjaan, putus asa dengan masalah kewangan hidup seorang pemuda yang menetap Cheras tekad terjun dari bangunan rumahnya.
Lapor WOB, lelaki berumur 32 tahun yang dikatakan berasal dari Bentong, Pahang ini mengalami tekanan akibat masalah kewangan yang dia hadapi.
Menurut salah seorang daripada kawannya, lelaki tersebut telah bekerja dalam industri hiburan bertahun-tahun sebelum menyertai syarikat terkini sebagai jurujual kad kredit.
Gaji dia cuma RM 1000 itu tak cukup untuk bayar sewa, kos pengangkutan dan perbelanjaan lain”

Malah, lelaki itu juga dikatakan berhempas pulas untuk mencapai sasaran quota jualan, namun begitu komisyen yang diperoleh tidaklah memberangsangkan.
Sewaktu kejadian, lelaki tersebut hanya memakai seluar pendek merah. Dikhabarkan dia mati serta merta selepas terjun dari tingkat rumahnya. Dia ditemui mati di atas atap tempat meletak kereta di kediaman tersebut.

Tambah sumber lagi, keluarga mangsa telah menentang idea dia bekerja sebagai jurujual kad kredit kerana gaji yang rendah dan dia telah berpindah keluar dari rumah keluarga akibat pertelingkahan..

Dia juga mahu menjadi pemandu pelancong dan mengambil kursus dengan agensi pelancongan sebelum kematiannya.
Hasil siasatan terkini, pihak polis mendapati bahawa lelaki tersebut bunuh diri dan tidak ada kaitan dengan insiden pembunuhan. Mayat telah dihantar ke Hospital Universiti untuk dibedah siasat.