in

“Murahnya nyawa..” – Kontraktor Mengantuk Langgar Suami Isteri Hingga Maut HANYA Didenda RM7,000

Test 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Memang diakui tiada siapa yang dapat menghalang kemalangan atau kecelakaan yang telah berlaku di atas jalan raya meskipun ia berpunca daripada kelalaian manusia sendiri. Namun wajarkah kesalahan yang dilakukan hanya diselesaikan dengan wang ringgit semata-mata? Murah sungguh nyawa manusia ni kan…


Menurut Utusan Online, seorang kontraktor telah didenda RM7,000 oleh Mahkamah Majistret Ampang atas kesalahan memandu keretanya dalan keadaan mengantuk dan terbabas melanggar pasangan suami isteri hingga mati pada lapan tahun lalu. 

Kes Haruan Makan Anak Buruh Dijatuhi Hukuman Penjara 480 Tahun
gambar hiasan

Dalam kejadian yang berlaku pada 19 Julai 2009 di Jalan Lembah Jaya Selatan, Hulu Langat, Yap Kim Sing, 28, sedang memandu Proton Persona dari arah Hulu Langat tidak dapat mengawal kenderaannya hingga melanggar motosikal yang dinaiki pasangan Muhammad Salim Ahmad, 20, dan isterinya, Rahimah Abdul Rahim, 21, pada jam 3.45 pagi.

Pasangan suami isteri yang berada di persimpangan lampu isyarat Lembah Jaya itu difahamkan sedang menghala ke Bukit Belacan. Akibat daripada kemalangan tersebut, mangsa kedua-duanya mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia serta merta di tempat kejadian.

^1734Da827D93Fae5Edfd0870Ee7Be41Cbc5D7968799604E10F^pimgpsh Fullsize Distr
gambar hiasan

Selepas siasatan dijalankan, pihak polis mendapati bahawa Yap pada ketika itu memandu dalam keadaan mengantuk. Aduhai! Tak pasal-pasal melayang dua nyawa. 

Dia kemudian dijatuhkan hukuman penjara selama enam bulan jika gagal membayar denda sebanyak RM7,000. Walau bagaimanapun, Yap berjaya membayar dendanya dan memohon kepada pihak mahkamah untuk meringankan hukuman yang dikenakan kerana dia perlu menyara kedua ibu bapanya yang sudah tua. 

Sungguhpun begitu, Timbalan Pendakwa Raya, Norhashimah Hashim telah meminta mahkamah menjatuhkan hukuman berbentuk pengajaran kerana tertuduh sudah melakukan kesalahan serius hingga menyebabkan kematian dan memberi pengajaran kepada semua pengguna jalan raya untuk lebih berhati-hati.

Kes ini telah mendapat perhatian netizen yang rata-rata berasa tidak puas hati dengan hukuman yang dikenakan terhadap Yap. Mudah saja terlepas daripada hukuman yang menyebabkan kematian orang tidak bersalah…

Langgar 2
sumber: facebook

Harap-harap tertuduh menyesal lah dengan kesalahan yang dia lakukan. Kecuaian seperti ni sepatutnya boleh dielakkan. Elok elakkan diri daripada memandu kalau dah mengantuk! 

Nota: Gambar di atas sekadar ilustrasi

Baca: “Bodoh tak kena tempat..” – Netizen Kecam Penunggang Motosikal Yang Ditimpa Kemalangan Ini

Langgar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.