in

“Mungkin driver ingat drive-thru” – Kedai Minuman Shuib Kena Rempuh MPV

Xyrtjyfgk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kadang-kadang kita rasa keadaan sekeliling kita dah cukup selamat tetapi malangnya tidak sama sekali. Seperti apa yang berlaku kepada seorang pelakon lelaki yang terkenal, dia telah berkongsi pengalaman di media sosial berkenaan keadaan kedai minumannya yang boleh dikatakan cukup mengejutkan.


Shahmira Muhammad atau dikenali Shuib telah berkongsi beberapa hantaran di laman Instagram mengenai situasi kedai minuman miliknya, Bubble Bee telah dirempuh oleh sebuah kenderaan MPV di sebuah pasar raya Meru Raya di Ipoh semalam.

“Kejadian di outlet Bubble Bee Meru, Ipoh… tak tahu macam mana boleh jadi, tengah siasat.. Mungkin pemandu ingat outlet ni drive thru, tapi Alhamdulillah semuanya okay..”

Menerusi hantaran yang dikongsi, keadaan tersebut boleh digambarkan sangat teruk dimana pintu masuk hadapan kedai minuman itu habis dirempuh sehinggalah ke kaunter pembayaran.

Pelanggaran tersebut juga mengakibatkan kerosakan pada cermin premis, mesin dan komputer serta kabinet manakala motosikal dan kereta pula mengalami kerosakan di beberapa bahagian.

Punca tertekan pedal minyak?

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, kejadian pukul 10.53 pagi itu bagaimanapun tidak mengakibatkan kecederaan kepada pemandu berusia 43 tahun.

“Kejadian berlaku di tempat letak kenderaan di mana lelaki itu dipercayai tertekan pedal minyak, menyebabkan kereta Naza Ria dipandunya meluncur melanggar sebuah motosikal dan premis berkenaan.”

“Dalam kejadian itu, penyelia kedai dan pemilik motosikal tidak cedera. Siasatan lanjut sedang dijalankan.”

Menurutnya, siasatan lanjut sedang dijalankan dan kes disiasat mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59).

Semoga kes ini diselesaikan dengan baik…

Baca: “Tak move on ke ni?” – Gara-gara Putus Cinta, Wanita Rempuh Pagar Rumah Bekas Teman Lelaki

Screenshot 2022 10 14 At 1.58.40 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.