in

“Tak move on ke ni?” – Gara-gara Putus Cinta, Wanita Rempuh Pagar Rumah Bekas Teman Lelaki

Langgar Rumah Ex Bf

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam hubungan percintaan ada pasang surutnya, sering ada perselisihan faham dan juga ketidak puasan hati tetapi kalu sudah ditulis jodohnya, tidak akan ke mana.


Pun begitu, hari ini media dikejutkan dengan berita seorang wanita bertindak merempuh pagar rumah bekas teman lelaki hanya kerana hubungan mereka terputus.

Dalam Facebook Polis Daerah Johor Utara dinyatakan kejadian itu berlaku di Taman Perling, Johor dan Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superintendan Fariz Ammar Abdullah berkata, kejadian itu dilaporkan berlaku pada pukul 5 pagi, semalam.

Pdrmjb

Laporan Kosmo! mengatakan, suspek wanita berusia 20 tahun itu kemudiannya berjaya ditahan polis di Plaza Tol Lima Kedai, Gelang Patah pada pukul 6.30 pagi pada hari yang sama.

“Kakak kepada bekas teman lelaki suspek memaklumkan telah menerima satu mesej ugutan daripada suspek yang mahu membakar kedai perniagaan motosikal milik keluarga mereka.

Turut dikirimkan satu video yang memaparkan seseorang sedang mencurah minyak petrol di hadapan kedai berkenaan, bimbang dengan ugutan terbabit menyebabkan pengadu membuat laporan polis” katanya. 

Disebabkan itu, sepasukan polis telah pergi ke kediaman bekas teman lelaki wanita tersebut sebelum mendapati sebuah kenderaan jenis Toyota Corolla Altis telah merempuh pintu pagar kediamannya.

Selain itu, pihak polis juga mengesahkan wanita tersebut berada di bawah pengaruh dadah jenis Benzo dan dia tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

Fuh, bahaya ya gadis zaman sekarang. 

Baca: ‘Influencer’ Dedah Ex GF Suami Cuba Ganggu Rumah Tangga, Siap Bagi Ayat ‘Gedik-gedik’

Page Asyalliee

Sumber: PDRM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.