in

“Mungkin dia happy menantu dia pandai masak” – [Video] Gelagat Pakcik Excited Ketika Akad Nikah Buat Netizen Terbahak.

Hempuk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kegembiraan berkahwin bukan sahaja dapat dirasai oleh yang pasangan, malah ibu bapa juga turut teruja untuk menyambut kedatangan ahli terbaru dalam keluarga mereka.


Tular sebuah video di Twitter, seorang bapa tidak dapat menyembunyikan keseronokannya sewaktu majlis akad nikah anak gadis berlangsung. Lebih mengejutkan ramai apabila si bapa berkenaan turut tidak sengaja memecahkan cermin meja kerana terlampau excited!.

Video yang berdurasi 38 saat itu berlaku di Indonesia, memaparkan pengantin lelaki berkenaan melafazkan akad nikah di hadapan tok kadi. Si bapa yang berada ditengah-tengah dilihat begitu tekun mendengar lafaz akad daripada kedua-dua pihak.

Selesai sahaja pengantin lelaki melafazkan akad nikah, si bapa terus menjerit sah sambil menepuk meja dengan kuat! Suasana bertukar menjadi riuh dan lucu dengan gelagat yang ditonjolkan oleh si bapa berkenaan.

Bukan sahaja netizen di Twitter terhibur, malah para tetamu yang hadir dilihat terkejut dan tertawa dengan aksi spontan dan bersahaja orang tua berkenaan.

3 2

2 1

1 2

Mesti lah excited kan, majlis buat sekali je seumur hidup.

Baca: Family paksa teruskan majlis – Pengantin Lelaki Mati 2 Hari Lepas Kahwin, Lebih 250 Sah Positif Dalam Seminggu

F.b 7

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.