in

“Family paksa teruskan majlis” – Pengantin Lelaki Mati 2 Hari Lepas Kahwin, Lebih 250 Sah Positif Dalam Seminggu

Collage1

Hanya sempat bergelar isteri kurang dari seminggu, seorang wanita dari India terpaksa menerima kenyataan suaminya sudah meninggal dunia akibat Covid-19. Kenyataan itu harus ditelan selepas pasangan itu melanggar perintah berkurung di negara berkenaan demi untuk melangsungkan majlis perkahwinan besar-besaran.

Menurut USA Today, seorang pengantin lelaki berusia 30 tahun disahkan meninggal dunia dan menjadi penyebar Covid-19 yang telah menjangkiti 80 orang tetamu mereka yang hadir.

Groom1

Majlis besar-besaran itu berlangsung pada 15 Jun lepas dengan kehadiran lebih 360 tetamu di Paliganj. Keluarga pengantin lelaki tersebut juga dilaporkan tetap bertegas untuk meneruskan majlis meskipun dia mengalami demam panas sebelum itu kerana tidak mahu menanggung kerugian jika ia dibatalkan.

Walaupun dia (pengantin lelaki) berasa kurang sihat pada 14 Jun dan mahu majlis ditangguhkan namun ketua keluarga kedua-dua pihak tidak bersetuju, dengan alasan akan mengalami kerugian yang sangat besar.”

Pada hari perkahwinannya, suhu badan dia dilaporkan sangat tinggi dan ramai sanak saudara mula berasa risau serta turut berharap ianya tiada kena mengena dengan Covid-19. Pihak keluarga dikatakan telah memberi ubat jenis panadol kepada lelaki tersebut namun keadaannya menjadi semakin teruk selepas itu.

Groom2

Menurut New York Post, lelaki itu dilaporkan meninggal dunia dua hari kemudian ketika dalam perjalanan ke hospital namun mayatnya telah dibakar sebelum sempat pihak berkuasa menjalankan ujian Covid-19 ke atasnya.

Bagaimanapun, dia dipercayai menjadi penyebar utama virus itu di kawasan terbabit apabila hampir 300 individu disahkan positif hanya seminggu selepas majlis itu berlangsung.

Kampung itu kini ditutup dan dikawal ketat daripada mana-mana individu yang mahu masuk atau keluar dari situ. Jurucakap pihak berkuasa di bandar itu berkata,

Keutamaan kami sekarang adalah untuk mencegah jangkitan ini dan putuskan rantaian.”

Groom3

Pengantin perempuan itu bagaimanapun dilaporkan negatif Covid-19. Kebanyakan tetamu mereka terdiri daripada kakitangan sekolah, guru dan murid-murid kerana bapa pengantin lelaki merupakan seorang guru.

Baca: “Tak ikut SOP” – Ibu & Adik Meninggal, 30 Tetamu Positif Covid-19 Lepas Pengantin Buat Majlis Resepsi Besar-Besaran

Nikah Covid