in

“Mulanya saya ingat saya tak buat, tapi…” – Daud Kim Minta Maaf Lepas Video Bukti Dia Rogol Wanita Tersebar

Collage 37

Seorang YouTuber terkenal dari Korea Selatan, Daud Kim telah dituduh merogol seorang wanita setahun yang lalu.

Untuk korang yang tak tahu, Daud Kim mula meraih populariti di Malaysia selepas dia memeluk agama Islam tahun lalu dan pengikutnya di YouTube telah naik mendadak hingga 2 juta subscriber sejak itu.

108862843 604158620498996 7998247992973132654 N 1024X683 1

Namun kali ini, nama lelaki ni disebut semula selepas seorang wanita telah menuduh Daud Kim merogolnya setahun lalu dan memuat naik video sebagai bukti tuduhannya itu.

Disebabkan kecaman yang dia terima akibat tuduhan ini, Daud Kim telah memuat naik video membuat permohonan maaf terbuka kepada wanita yang menuduhnya itu.

Dalam video ini, YouTuber berusia 37 tahun ini mengatakan, dia tak ingat yang dia pernah menyakiti wanita itu kerana dia dalam keadaan mabuk namun dia ingat yang dia telah diajak untuk pergi ke tempat tinggal wanita itu di Hongdae.

Saya minta maaf kerana saya telah menyakitinya. Saya minta maaf. Saya tahu perkara ini sangat teruk. Saya juga minta maaf kepada subcribers saya yang terkejut dan kecewa dengan perkara ini.”

Sebelum ini, wanita yang dikenali sebagai seorang TikToker @Kurapikacult, telah memuat naik bukti video selepas Daud Kim dikatakan telah melanggar perjanjian mereka dengan memadam permohonan maaf asal mengenai insiden itu di Instagram miliknya.

Di dalam video penjelasannya, Daud Kim mengaku yang dia telah memadam posting tersebut kerana takut dikecam peminat.

Ketika insiden ini juga, wanita tersebut telah membuat laporan namun ditarik balik selepas kedua-dua pihak membuat perjanjian yang dipersetujui.

Mulanya saya ingatkan saya tak buat sebab saya tak ingat, tapi lepas saya dengar penjelasan mereka, saya rasa bersalah.”

Namun, wanita ini telah menolak permohonan maaf ini dengan mengatakan dia ada hak untuk bercakap tentang serangan seksual itu kerana lelaki itu telah memadam video asal permohonan maaf mengharapkan supaya orang lain lupa akan kejadian tersebut.

Dia minta maaf lagi sekali sebab dia dah terciduk.”

Kalau korang nak tahu, permohonan maaf asal yang telah dipadamkan oleh Daud Kim sebelum ini berbunyi “saya dah buat salah dan ia telah diselesaikan oleh kedua-dua belah pihak. Jadi untuk kebaikan bersama, minta perkara ini tak disebut lagi.”

Dalam video yang didedahkan oleh wanita itu pula menunjukkan seorang lelaki mengumpulkan barangnya dan memakai seluar sementara suara wanita menangis jelas kedengaran.

https://twitter.com/seungievs/status/1297700821937688576?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1297700821937688576%7Ctwgr%5E&ref_url=https%3A%2F%2Fcoconuts.co%2Fkl%2Flifestyle%2Fyoutuber-daud-kim-says-sorry-to-woman-who-accused-him-of-attempted-rape%2F

Daud Kim turut menjelaskan yang insiden ini berlaku sebelum dia membuat keputusan untuk memeluk Islam dalam video permohonan maafnya semalam.

Bagi peminat-peminat lelaki ini di Malaysia pula, ada sebahagian yang kecewa dengan tindakan lelaki ini dan ada juga yang sedia memaafkan dengan alasan “semua orang buat salah.”

 

Baca: “Nak famous cakap je dah convert Islam” – Rupanya Mat Saleh Buat Trend ‘Dah Masuk Islam’ Semata-Mata Nak Perhatian

Screenshot 2020 08 25 At 4.18.11 Pm

Sumber: Hype MY