in

“Nak famous cakap je dah convert Islam” – Rupanya Mat Saleh Buat Trend ‘Dah Masuk Islam’ Semata-Mata Nak Perhatian

Featured2

Selain suka dengar orang Barat puji pasal budaya, makanan atau paling latest, cara Malaysia handle Covid-19, rakyat Malaysia kebanyakannya memang suka bila ada orang luar terinspirasi dengan negara kita.

Kalau bagi yang beragama Islam, timbul juga rasa seronok di hati kita bila baca pasal kisah orang luar convert kepada Islam selepas mendalami agama kita. Betul tak?

 

Kongsi kisah masuk Islam di Twitter tapi sebenarnya tipu?

Tapi, siapa sangka rupanya ada pula trend terbaru dari orang Barat yang menipu tentang kisah penghijrahana mereka. Melalui Twitter, seorang individu mendakwa kini timbulnya trend di mana mat saleh mengaku baru convert Islam semata-mata untuk perhatian.

Semalam, perkongsian seorang wanita dari negara Barat mendapat perhatian dan viral lepas dia ceritakan bagaimana dia buat keputusan untuk masuk Islam.

Image From Ios 5

 

“Rasa something fishy je”

Lepas tu, ada juga seorang wanita lain yang kongsi juga kisah dia dekat thread perkongsian Twitter tersebut. Tapi, menurut individu tersebut mereka ini adalah geng ‘clout chaser’ yang ambil kesempatan menggunakan nama Islam untuk dapat perhatian.

Sekarang kat western jadi trend buat account konon claim convert to Islam padahal clout chaser.”

Ada yang berkata mereka memang rasa something fishy sebab bila check akaun wanita tu semua, mereka baru saja join Twitter dan terus sembang pasal agama Islam.

Trend2

Trend3

Seorang netizen berkata dia bersimpati terhadap orang Barat yang memang dah masuk Islam dengan ikhlas dan rela hati. Ada juga seorang netizen dedahkan rupa-rupanya dekat TikTok dan Youtube pun memang ramai orang Barat buat video pasal mereka ‘kononnya’ dah masuk Islam.

Komen1 1

Komen2 1

 

Kebanyakannya baru join Twitter

Melalui screenshots, boleh nampak wanita ini semua baru saja join Twitter sama ada pada bulan Mei atau Jun 2020. Tweet mereka pula semua tentang Islam.

Tentang bagaimana mereka rasa tenang dan bersyukur bila masuk Islam dan bahagian bio di Twitter mereka pula tertulis ‘new Muslim’.

Trend1

Apa pendapat korang? Kalau memang clout chaser memang hampeh ah dorang ni….

Baca: “Mmg trend promote dekat thread orang ke skrg ni?” – Promote Produk Tak Kena Tempat, Netizen Viralkan Trend Peniaga Online

Promote Serum

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter