in ,

“Move on guys” -Ramai Gadis Kecewa, Remy Ishak Bakal Tamatkan Zaman Bujangnya Esok

Ft Remy 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau sebut pasal Remy Ishak, pasti ramai gadis-gadis di Malaysia cair dengan ketampanan dan kulit hitam manis yang dimiliki oleh artis tersebut. Artis yang kurang kontroversi ini banyak membintangi banyak drama antaranya ‘Nur Kasih’, ‘Lelaki Kiriman Tuhan’ dan ‘Pujaan Hati Kanda’.


Baru-baru ini, dia telah mengumumkan berita yang mengejutkan seluruh rakyat Malaysia iaitu dia akan menamatkan zaman bujangnya dengan  pilihan hatinya, Ezza Yusof esok. Berita ini telah membuatkan ramai gadis kecewa. Move one guys…

“Siapa yang curi hati Remy?”

Remy Ishak Kahwin E1629438891502

Dikhabarkan, gadis pilihan hatinya merupakan bekas tunangnya yang berpisah pada tahun 2019. Ezza Yusof atau  nama sebenarnya Roszaliza Yusof merupakan Pengarah Kreatif dan pereka kasut untuk jenama 2morrow.  Ezza merupakan kawan baik kepada figura ternama tanah air iaitu Nad Zainal.

Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimie Ishak pernah mengikat pertunangan dengan Ezza pada tahun 2017 , namun hubungan itu putus pada 2019. Bagaimanapun, hubungan mereka kembali pulih pada tahun ini selepas Remy menyambut hari kelahiran Ezza di sebuah restoran.

Ohbulan E1629440223657

“Betul ke..?”

Berita tentang perkahwinan ini disahkan oleh Remy sendiri menerusi saluran GempakTV semalam. Katanya, majlis itu akan berlangsung di masjid sekitar Kuala Lumpur dengan kehadiran beberapa orang mengikut SOP. Min nak datang boleh?

Difahamkan bahawa mereka sepatutnya adakan majlis pernikahannya pada Mei lalu, namun disebabkan oleh pandemik Covid-19 majlis itu terpaksa ditangguhkan. Remy juga berkata, dia ingin adakan majlis yang dihadiri oleh rakan-rakan artis yang lain selepas tamat PKP.

Min mendoakan agar majlis pernikahannya mereka berjalan dengan lancar dan semoga bahagia hingga ke anak cucu, aamiin.

Baca: “Kau patut sokong aku” –  Niat Nak Jadi PM Tak Dapat Sambutan Aliff Syukri Kecewa Dengan Zizan

Zizan E1629440828265

Sumber: Cinema
Sumber: Ohbulan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.