in

“Monyet pun nak bertiktok” – [VIDEO] Baru Semangat Nak Rakam, Sekali Monyet ‘Feeling’ Cuba Bawa Lari Handphone

Ft Monyettiktok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau awal bulan April lepas ada video viral pasal pelajar asrama lari lintang pukang sebab dikejar monyet, kali ini situasi yang lebih kurang sama berlaku kepada dua gadis di Indonesia.


Sebuah video viral di TikTok dimuat naik oleh @annisadwiatikah2 , menunjukkan dia sedang cuba membuat rakaman di aplikasi itu. Namun, tiba-tiba muncul seekor monyet di belakang dan menurut sebuah portal, gadis berusia 16 tahun itu bersama adik tirinya kemudian terus berlari dari situ.

Monyet5

Kata Annisa, ketika itu dia baru balik daripada joging bersama adik tirinya dan mahu merakamkan video TikTok di luar rumah mereka yang berdekatan dengan sebuah masjid.

Selepas meletakkan handphone di atas lantai dan mula merakam, mereka kemudian sedar kehadiran monyet tersebut. Walaupun haiwan itu tidak cuba untuk serang mereka, tetapi Annisa dan adik tirinya lari untuk keselamatan.

Melucukan, monyet itu kemudian melihat ke arah skrin dan cuba membawa lari handphone tersebut. Situasi tersebut berjaya dirakamkan sepenuhnya di handphone Annisa yang membuat keputusan untuk muat naik di TikTok.

Monyet1

Sehingga kini, ia telah mendapat 19.3 juta tontonan dan lebih 3.2 juta likes di platform berkenaan. Ramai yang terhibur dengan video tersebut dan tindakan monyet berkenaan. Ada yang turut bergurau mengatakan video itu dimuat naik oleh monyet itu sendiri di TikTok. Haha!

@annisadwiatikah2

monyet meresahkan? #fyp

♬ Mood – Tom Mallari ??

 

Baca: “Laju kalah Usain Bolt” – [VIDEO] Kena Kejar Monyet Waktu Angkat Kain, Member Tengok Dari Atas ‘Sama Naik’ Cuak Menjerit

Fi Lari

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.