in

”Mohon tarik balik Ijazah”- UM Buat Laporan Polis Terhadap Tindakan Graduan Biadab

Feature Image Um Media

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Umum kita ketahui, baru-baru ini majlis konvokesyen Universiti Malaya telah dicemari dengan tindakan biadab oleh seorang graduan Wong Yan Ke yang melaungkan ‘ini tanah Malaysia’ sambil mengangkat plakad tertulis ‘Tolak Rasis’ dan ‘Undur Vc’ dihadapan semua tetamu termasuklah para pentadbiran tertinggi Universiti Malaya.


Wong Yan Ke merupakan graduan Kejuruteraan Awam telah melakukan perkara itu kerana tidak berpuas hati dengan Vice-Chancellor Abdul Rahim Hashim. Sebenarnya min pun tak sure dia ni tak puas hati sebab apa, sebab tindakkan dia memang agak melampau.

Ekoran tindaknya itu, pihak Universiti Malaya telah mengeluarkan satu kenyataan media mengulas tentang perkara ini.

Universiti Malaya sekeras-kerasnya mengecam perbuatan lelaki itu kerana dia tidak menghormati istiadat dan turut mengganggu kelancaran majlis.

 

Kenyataan Media UM

Kenyataan Media 1
Sumber: twitter

 

 

 

Kenyataan Media 2
Sumber: twitter

 

Tuntut Ijazah ditarik balik

Tambahnya lagi, Universiti Malaya telah membuat laporan polis berhubung perkara ini. Pihak Universiti juga telah menyerahkan hal ini kepada pihak berkuasa untuk membuat penyiasatan.

Sementara itu, Penggerak Mahasiswa Universiti Malaya telah menjalankan satu petisyen online yang menuntut Univerisiti itu untuk menarik semula sijil ijazah lelaki terbabit dan memintanya untuk membuat permohonan maaf secara terbuka .

[PETISYEN TUNTUT UNIVERSITI MALAYA MENARIK BALIK SIJIL IJAZAH WONG YAN KE]Pautan Petisyen:…

Posted by Penggerak Mahasiswa Universiti Malaya on Monday, October 14, 2019

Petisyen itu juga telah mendapat sokongan oleh orang ramai sebanyak 53,829 tandatangan.

Petisyen 1
Sumber: change. Org

 

Pernah buat kecoh sebelum ni

Tambah Penggerak Mahasiswa Universiti Malaya lagi, Wong Yan Ke juga merupakan individu yang menimbulkan kekecohan semasa kedatangan DS Najib Razak di restoran Amjal. Namun tindakannya itu diangkat sebagai wira oleh beberapa pihak atas dasar kebebasan bersuara.

Bagi admin lah kan, lantang macam mana sekalipun kita ni, kita masih perlu beradap juga lah kan. 

 

Baca: ”Bro you got no common sense is it” – Menjerit Sambil Angkat Placard di Majlis Konvokesyen, Graduan Ni Dikecam Biadap!

Konvo Um

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.