in

“Moga berita lebih neutral lepas ni”- Utusan Melayu Bhd Tidak Ditutup, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan Cerita Apa Sebenarnya Yang Berlaku

Featured 43

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Alhamdulillah, akhirnya berita gembira buat semua terutama sekali staf di Utusan Melayu (Malaysia) Berhad (Kumpulan Utusan) apabila dilaporkan bahawa syarikat akhbar berbahasa Melayu yang berusia 80 tahun itu tidak akan dihentikan operasinya.


Berita baik itu dimaklumkan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan, Datuk Abd. Aziz Sheikh Fadzir yang mengatakan syarikat tersebut akan terus beroperasi dengan menerbitkan dua akhbarnya iaitu Utusan Malaysia dan Kosmo!.

 

Harga akhbar Utusan Malaysia naik daripada RM1.50 senaskhah kepada RM2.00 manakala Kosmo! daripada RM1.00 kepada RM1.50 senaskhah

Image 1566313476 5879927
Sumber: blog

Katanya, keputusan itu diambil meskipun Kumpulan Utusan berada dalam keadaan sukar lebih-lebih lagi dengan peralihan dunia pemberitaan kepada media sosial, lapor Utusan Online.

Tidak benar kita hendak tutup (henti operasi). Betul kita hadapi masalah. Tetapi kita ada pelan untuk meningkatkan perniagaan,”

Ia sekaligus memadam spekulasi yang mengatakan Kumpulan Utusan akan menghentikan operasinya bermula hari ini susulan ketidakmampuan menanggung kos operasi.

Menjelaskan perkara tersebut selepas Taklimat Khas oleh Pengerusi Eksekutif di Dewan Besar Kumpulan Utusan, Datuk Abd. Aziz turut mengakui yang syarikat akhbar itu sebelum ini banyak dibantu UMNO, namun selepas kekalahan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14, Kumpulan Utusan terpaksa kembali ke realiti model perniagaan media.

“Syarikat turut mengambil keputusan untuk menaikkan harga akhbar Utusan Malaysia daripada RM1.50 senaskhah kepada RM2.00 senaskhah manakala Kosmo! daripada RM1.00 kepada RM1.50 senaskhah mulai Jumaat ini.”

Utusan Malaysia Close 20082019 04
Sumber: fmt

Pada masa sama beliau mengharapkan sokongan rakyat Malaysia terhadap syarikat akhbar tersebut dengan membeli akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo! walaupun dengan kenaikan harga.

 

Bagaimana pula reaksi orang ramai?

Rata-rata memberikan sokongan penuh kepada utusan meskipun dengan pengumuman kenaikan harga tersebut, kata mereka ia relevan dengan dunia masa kini selain menyifatkan akhbar utusan dan kosmo sebelum ini murah.

Komen 3

Komen 2 2
Sumber: facebook

 

Alhamdulillah, happy admin dengar Kumpulan Utusan tak tutup.

Baca : Pedih kalau gaji tak dapat berbulan; Rakan Artis  Netizen Luah Rasa Simpati Utusan  Kosmo Bakal Henti Operasi Rabu Ini

Ft

 

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.