in

“Kembalilah menjadi lidah orang Melayu” – KJ Minta Utusan Jangan Gentar Dengan Pembesar Politik, Perlu Ada Prinsip & Bermaruah

Collage 35

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Untuk korang yang tertinggal tren, dua hari lepas Utusan Malaysia kembali beroperasi selepas menghentikan penerbitannya tahun lalu.


Menggunakan slogan “Pemikiran Baharu”, penyunting kumpulan Media Mulia, Azfar Jaafar mengatakan yang mereka berikrar untuk menjadi penyebar maklumat yang boleh dipercayai bagi mengembalikan semula kepercayaan pembaca.

Menerusi Twitter peribadi Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin (KJ) kongsikan keratan akhbar penulisannya untuk bahagian Rencana di dalam Utusan hari ini.

Screenshot 2020 07 22 At 12.38.27 Pm

Dalam penulisannya itu, KJ meminta agar Utusan menjadi akhbar yang adil dan bebas serta tak takut dengan pembesar politik.

Saya minta Utusan Malaysia kembali menjadi wadah adil & bebas. Jangan gentar dengan pembesar politik. Kembalikan sarwajagat Melayu yang mulia, sederhana, berprinsip dan berintegriti.”

Menurut KJ lagi, terdahulu liputan Utusan yang sederhana dan berhaluan tengah telah terhakis apabila mereka mempertahankan kedudukan bangsa tapi mula menyerang bangsa lain sebagai contoh artikel bertajuk “Apa lagi Cina mahu?” yang dikeluarkan pada 7 Mei 2013 lalu bila pengundi Cina tak menyokong BN pada PRU ke-13 dulu.

Saya harap Utusan boleh kembali menjadi lidah Melayu dengan penuh berprinsip dan bermaruah tanpa meniupkan sentimen perkauman ekstrem yang langsung tidak melambangkan sikap keserdahanaan yang perlu didukung oleh semua.”

Edgiq4Fuyaimdv

 

Baca: “Dia boleh petik ayat Quran dengan ACCURATE!” – Mufti Menk Puji Abah KJ Menteri Yang Bagus Tapi…

Screenshot 2020 07 22 At 12.43.34 Pm

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.