in

“Takkan dia tak nampak?” – Lelaki Bangladesh Cedera Dilanggar Motor Sebelum Kena Rempuh Myvi

Myvi 5

Sudah jatuh ditimpa tangga

Ini pepatah yang boleh digambarkan dalam situasi ini apabila seorang lelaki Bangladesh dilanggar motosikal sebelum dia dirempuh pula oleh sebuah kereta Myvi yang dipandu laju.

Video yang tular di media sosial baru-baru ini memaparkan kejadian tragis yang berlaku di Kilometer 35.2 Jalan Butterworth-Alor Setar, Gurun telah menyebabkan lelaki tersebut cedera parah di kepada dan dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani, Kedah.

Myvi 2

Dilanggar motosikal dahulu

Menurut Kosmo!, seorang saksi kejadian menceritakan kronologi kejadian yang menimpa lelaki Bangladesh itu apabila dia pada awalnya sedang berjalan kaki melintas dari kiri ke kanan jalan.

Malang tidak berbau ketika sedang melintas, dia dilanggar sebuah motosikal yang ditunggangi oleh pekerja kilang yang mahu pulang ke rumahnya di Kota Sarang Semut.

Walau bagaimanapun, menurut saksi dia tidak mengalami kecederaan serius tetapi mangsa tidak mahu diangkat dan dialihkan ke tepi jalan oleh orang ramai yan berada di situ.

Artikel berkaitan: “Entah siapa yang salah” – Kereta Polis Kena Sondol Dengan Myvi Masa Nak U-turn Dari ‘Lane’ Kiri

Artikel berkaitan: “King bertemu king” – 4 Buah Myvi Sama Warna Terlibat Kemalangan Jadi Buah Mulut Netizen

Kena rempuh dengan Myvi

Tidak lama kemudian, sebuah kereta Perodua Myvi yang dipandu laju dari arah Alor Setar telah melanggar lelaki Bangladesh yang sedang baring di jalan tersebut.

Difahamkan, pemandu kereta itu hilang kawalan sebaik sahaja menghampiri lokasi itu. Akibat pelanggaran itu, mangsa tidak sedarkan diri sebelum dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

Elak diberkas polis kerana melakukan kesalahan, pemandu Myvi itu melarikan diri dari tempat kejadian namun sempat dirakam oleh orang awam yang berada di situ.

Myvi sempat elak mangsa 

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, siasatan awal mendapati ada seorang lelaki tempatan mengawasi lalu lintas di tempat kejadian.

Sebuah kereta dipercayai hilang kawalan ketika menghampiri lokasi kejadian nyaris merempuh lelaki terbabit tetapi sempat dielak sebelum melanggar mangsa yang terbaring di situ – katanya

Sementara itu, pihak polis sedang giat memberkas pemandu kereta itu dan saksi kejadian diminta untuk memberi keterangan. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Kosmo! Online