in

“Pedih kalau gaji tak dapat berbulan” – Rakan Artis & Netizen Luah Rasa Simpati Utusan & Kosmo Bakal Henti Operasi Rabu Ini

Utusan Di Tutup

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berita yang amat menyedihkan. Utusan, akhbar berbahasa Melayu tertua di Malaysia bakal dihentikan operasi cetaknya esok (Rabu) selepas mengalami masalah kewangan yang teruk. 


221946
sumber: the star

Menurut The Star, ia juga melibatkan penerbitan dari Kumpulan Utusan lain iaitu Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia, Kosmo!, dan Kosmo! Ahad. 

Berikutan berita tergempar ini, hampir 100 pekerja Utusan Melayu Publication Berhad mengadakan demonstrasi di luar ibu pejabat syarikat itu bagi menuntut tunggakan gaji selama 3 bulan. Allahu… 

Utusan Melayu Worker Protest Utusan Melayu Kuala Lumpur 190819 07
sumber: fmt

 

Netizen tumpang bersedih, luah masalah kewangan semenjak diberhentikan

Kejadian yang menimpa Utusan sekaligus menimbulkan rasa sedih dan simpati di kalangan netizen yang ada di antaranya terkesan kerana tiada pekerjaan dan sumber kewangan yang kukuh.

Malah ada di kalangan netizen juga beremosi kerana akhbar Utusan pernah menjadi akhbar kegemaran mereka dan mempunyai kenangan manis bersama penerbitan tersebut.

Akhbar 1
sumber: twitter

Ada di kalangan netizen juga berpendapat, kecanggihan teknologi masa kini menjadi punca kepada krisis yang dihadapi Utusan kini.

Akhbar 2
sumber: facebook

 

“Diorang banyak bantu career Lofa dari awal. So, I want to return the favour” – Neelofa

Antara rakan artis yang prihatin dengan nasib yang menimpa Utusan ialah usahawan dan pengacara terkenal, Neelofa.

Neelofa menerusi posting di Twitter telah meluahkan rasa sedihnya di samping cuba membantu staf Utusan dengan membuka ruang posting Twitternya sebagai tempat mengiklankan pekerjaan. 

Dalam pada itu, penyanyi nombor satu Malaysia, Dato’ Sri Siti Nurhaliza juga telah mengiklankan bantuan buat staf Utusan di posting Instagram miliknya.

View this post on Instagram

Turut bersimpati dengan apa yang terjadi kepada sahabat media saya.. Mari kita sama2 membantu meringankan bebanan mereka ?… .. .. #Repost @sudyrtahir ・・・ Assalamualaikum WTB dan Salam Sejahtera . Umum maklum mengenai situasi getir dan permasalahan yang melanda rakan sekerja kita di Utusan Malaysia dan Kosmo. . Sehubungan itu, NUJ NSTP melancarkan kutipan berbentuk wang tunai dan barangan keperluan (beras/minyak/gula/pampers/susu) seperti ketetapan berikut; . Tarikh: 23 Ogos 2019 Hari: Jumaat Jam: 10 pagi – 4 petang Lokasi: Driveway Balai Berita, Jalan Riong, Bangsar . Sumbangan anda sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang ditanggung apatah lagi selepas tiga bulan tidak mendapat gaji. Bagi yang ingin buat sumbangan berupa wang tunai, boleh salur terus ke akaun NUJ MALAYSIA – 80-0082256-0 (CIMB Current Acc) . Saya jemput orang perseorangan, syarikat atau mana-mana rakan artis ingin membantu, marilah bersama kami. . Sekian, Terima kasih

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

Bagi mereka yang berkemampuan, korang bolehlah hulurkan bantuan kepada staf Utusan yang memerlukan ini seperti yang tertera di atas. Jasa dan pengorbanan korang pasti dikenang. Apa-apapun kita letaklah isu politik ke tepi dan cuba membantu mereka yang memerlukan.

Semoga masih ada sinar harapan buat Utusan. 

Baca: “Sayu lihat wajah ayah adik ni” – Budak Perempuan Koma Akibat Kemalangan Mohon Bantuan, Pernah Jadi Mangsa Buli Di Sekolah

Kasihan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.