Misteri Ayah Hilang Terjawab. Malangnya…

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Hati anak mana yang tak luluh kalau kejadian ni jadi kat ayah sendiri. Sedihnya…

Menurut Sinar Harian, sejak Ahad lalu, seorang warga emas yang dikenali sebagai Said Samah, 73, dilaporkan hilang lepas keluar dari rumah.

Sumber: Facebook

Walau bagaimanapun, misteri kehilangan Said akhirnya terungkai apabila anak perempuannya sendiri yang menemui mayat warga emas tu pada jam 3.50 petang semalam.

Lebih menyedihkan mayat mangsa ditemui di dalam longkang yang terletak di depan rumahnya di Felda Kerteh 5. Sedihnya….

Sumber: Facebook

Mangsa dilaporkan keluar rumah kira-kira jam 7.30 petang, empat hari yang lalu masa hujan tengah lebat. Ketika itu juga, ahli keluarga mangsa langsung tidak menyedari Said keluar dari rumah. Sebaik je menyedari kehilangan bapa mereka, keluarga berusaha mencari mangsa tetapi menemui jalan buntu.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superitendan Baharudin Abdullah mengesahkan kejadian tersebut dan mengatakan mayat mangsa ditemui kira-kira 20 meter je dari rumahnya di dalam longkang sedalam 0.5 meter.

“Sebelum ini mangsa sering merayau di sekitar kawasan tersebut dan biasanya akan dihantar pulang oleh anggota polis serta orang ramai.

“Bagaimanapun kali ini mangsa tidak ditemui sehinggalah mayatnya dijumpai di dalam longkang.”

Gambar hiasan

Bagaimanapun, berdasarkan pemeriksaan terhadap tubuh badan mangsa, tiada sebarang kesan dan unsur jenayah ditemui.

“Mayat mangsa diserahkan kepada ahli keluarga untuk urusan pengebumian.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.”

Aduh, kesiannya mangsa pergi dalam keadaan macam tu dan mayat pulak dijumpai anak sendiri. Takziah diucapkan kepada family mangsa…

Baca: Kutip Daun Pisang, Tutup Mayat Ayah

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Amalina Zainal

Seorang yang optimis dan teliti serta berkemahiran dalam berkomunikasi; boleh bekerja dalam pasukan, berfikiran terbuka dan seorang yang menepati masa.