in

Kutip Daun Pisang, Tutup Mayat Ayah

Page Q

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Anak mana yang tak sedih jika ayah yang dah menjaga dan menyayanginya pergi meninggalkan dunia dalam keadaan yang sangat tragis.

Namun, itulah yang terjadi kepada gadis ini yang terpaksa melihat dan hanya menutup mayat ayahnya menggunakan sehelai daun pisang, dikutip dari bahu jalan sementara menunggu bantuan tiba.


Q2
sumber: astro awani

Menurut Astro Awani, Tuai Rumah, Baki Agok berusia 72 tahun maut di tempat kejadian di Jalan Skim Bintangor, Sarawak semalam selepas terlibat dalam nahas jalan raya.

Ketika kejadian, isterinya Menun Amirir berusia 67 tahun turut ada bersama membonceng motosikal jenis Modenas CT100 dan kemalangan tersebut menyebabkannya mengalami kecederaan patah kaki kanan.

Q3
sumber: astro awani

Ketua Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Negeri Superintendan Alexson Naga Chabu memberitahu sebelum terlibat dalam kemalangan yang berlaku pada jam 7.20 pagi, pasangan suami isteri berkenaan sedang dalam perjalanan ke pasar di Pasar Bintangor.

Difahamkan, kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa gagal memotong kenderaan di hadapannya dan kemudian bertembung dengan sebuah kereta pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang datang dari arah bertentangan.

“Hasil siasatan awal mendapati mangsa cuba memotong sebuah motosikal lain di hadapannya sebelum dipercayai hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung Toyota Hilux berkenaan.”

“Impak pelanggaran menyebabkan Baki terkorban di tempat kejadian dipercayai akibat cedera parah.”

Q4
sumber: facebook

Isteri mangsa telah dikejarkan ke Hospital Sarikei untuk menerima rawatan lanjut sementara pemandu Hilux yang berusia 38 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan serta ditahan polis bagi membantu siasatan.

Sementara itu, kes ini dikatakan sedang disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Aduh, kesiannya anaknya terpaksa melihat ayahnya dalam keadaan yang macam tu. Takziah…

Baca: “Dia nyawa ibu…”

Q1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.