“Miskin sangat ke sampai mencuri?” – Akibat Tumbuk Peniaga Roti, Lelaki Ini Terima Kecaman Netizen

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Kejadian jenayah di negara kita semakin menjadi-jadi. Saban hari kita mesti akan dengar ada je kes mencuri, merompak, menyamun atau pukul dan belasah. Kadang-kadang tu takut nak kelaur rumah pun ada.

Kali ni admin nak kongsi pasal kejadian curi dan pukul. Kejadian yang dirakam dan dikongsi oleh akaun Twitter @999Malaysia ni mendapat perhatian netizen. Mana tidaknya, seorang lelaki mencuri roti dari peniaga roti bermotosikal, lepas kantoi dengan peniaga tersebut, lelaki tadi tumbuk ke badan peniaga tu. Cuba korang tengok sendiri video ni.

 

Roti pun kau nak curi

Admin rasa geram dekat lelaki tu lepas tengok video tu. Iye lah, mencuri tu dah salah, lepas tu dia boleh pulak pegi tumbuk badan uncle jual roti tu. Kurang ajar betul. 

Itu lah, kurang ajar. Orang lain susah payah cari rezeki, dia senang-senang je curi. Lepas kantoi bukan nak lari ke apa, boleh sorok dekat belakang, pastu tumbuk uncle tu. Ish geram admin.

Betul tu, badan nampak cukup sifat semuannya. Tapi pilih untuk mencuri pulak. Cuba lah cari kerja yang elok sikit. 

Boleh jadi jugak. Tapi lebih baik kita serahkan pada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut dari kita buat spekulasi tak berasas macam ni. Minta-mintalah lelaki tu dibawa ke muka pengadilan. Baru dia tahu dan sedar sikit. 

 

Baca: “Mampus lah kau kena pukul dalam jail” – Bapa Tiri Perkosa & Sebarkan Video Anak 15 Tahun Dipenjara 202 Tahun

 

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Fahmy Rosli

Seorang Chef, pendengar muzik indie tanah air dan peminat tegar Kugiran Hujan. Optimis dan berwawasan. Motto hidup; “Mana ada perjuangan yang patah”.