in

“Mampus lah kau kena pukul dalam jail” – Bapa Tiri Perkosa & Sebarkan Video Anak 15 Tahun Dipenjara 202 Tahun

Bapadurjana5

Seorang bapa tergamak melakukan perbuatan terkutuk kepada anak tiri dia sendiri apabila dia merogol, rakam gambar bogel dan sebarkan video itu.

Perbuatan terkutuk itu akhirnya menerima padah apabila dia dijatuhi hukuman penjara selama 202 tahun dengan 23 sebatan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh pada Khamis terhadap 22 pertuduhan merogol, mencabul dan merakam gambar bogel anak tirinya yang berusia 15 tahun sejak April 2016

 

3 tahun jadikan anak pemuas nafsu, mengaibkan anak tiri

51571307592 Tbpenjara
Sumber : awani

Lapor Awani, Hakim Datuk Julie Lack Abdullah bagaimanapun telah memerintahkan kesemua hukuman 22 pertuduhan itu dijalankan serentak. Dia dijatuhkan hukuman penjara 38 tahun dari tarikh dia ditangkap.

Dia dituduh mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana melakukan kekerasan jenayah dengan niat mencabul kehormatan dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana merakam gambar anak tirinya ketika sedang memakai pakaian.

Malah dia berdepan dengan 14 pertuduhan kerana melakukan hubungan seks tanpa rela kepada anak tirinya dan 2 pertuduhan mencabul kehormatan remaja berkenaan

Kesemua kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan, 376B(1) Kanun Keseksaan, 377CA Kanun Keseksaan, Seksyen 14(a) dan 14(b) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Perbuatan terkutuk itu dilakukan di rumahnya di Sitiawan, Manjung antara April 2016 hingga 29 September lalu.

 

Mampus kau kena pukul dalam penjara – Netizen

Berikutan dengan hukuman yang dijalankan ramai yang masih tak puas hati kerana bapa durjana ni tak layak menerima ‘seringan’ itu.

Bagi mereka nelayan ini patut dikenakan hukuman jauh lebih berat.

Bapadurhana5
Sumber : twitter
Bapadurjana
Sumber : twitter
Bapadurjana2
Sumber : twitter
Bapadurjana3
Sumber : twitter
Bapadurjana4
Sumber : twitter

Dunia sekarang makin huru hara, minta-minta dijauhkan daripada orang macam ni.

 

Baca : Bapa Rogol Anak Kandung 36 Kali Sampai Beranak 6, Alasan Sebab Nak Ajar Cara Bersetubuh

Baparogol