in

Minum 6 Tin Soda Sehari, Kaki Dipotong dan Buah Pinggang Rosak di Usia 21 Tahun

Soda

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dari muda sampailah ke tua, semua minat minuman bersoda. Siapa yang tak suka minuman manis kan? Tapi tahukah anda di sebalik kenikmatan minuman ringan ini, jumlah gula yang terkandung di dalamnya sangatlah merbahaya kepada kesihatan seperti apa yang berlaku kepada lelaki malang ini.


2228018
gambar hiasan

Menurut World of Buzz, seorang lelaki berusia 58 tahun dari Singapura telah meminum enam tin minuman ringan setiap hari tanpa gagal. Ketika dia berusia 21 tahun, dia telah disahkan menghidap diabetes yang juga membawa kepada kerosakan buah pinggang.

Bekas chef yang dikenali sebagai Lim ini telah berhenti sekolah pada usia 12 tahun dan mula bekerja di restoran sehingga dia menjadi seorang chef. Akibat suhu yang panas di dapur, tubuhnya kerapkali basah dengan peluh.

Restaurant Chefs Hot Kitchen.jpg.653X0 Q80 Crop Smart
gambar hiasan

Untuk melegakan dahaga, Lim memilih untuk meminum minuman bersoda dari air biasa. Dahaganya bagaikan tidak pernah lega, dia akhirnya meminum enam tin minuman ringan dalam sehari!

Meskipun dia tahu ibu dan isterinya penghidap diabetes, dia tidak pernah menjadikan situasi itu sebagai pengajaran dan terus menikmati minuman ringan. Selain itu, dia selalu berjaga hingga ke lewat malam untuk minum bersama rakannya. Selama beberapa tahun itu, Lim telah menjalani kehidupan yang tidak sihat hingga memberi kesan buruk kepada tubuhnya.

Semasa menjalani pemeriksaan kesihatan untuk menjalani program Khidmat Negara di Singapura, doktor yang memeriksanya terkejut apabila mendapati Lim menghidapi diabetes ketika baru berusia 21 tahun. Namun segala kata-kata doktor tidak diendahkan Lim, malah dia mengabaikan ubat yang diberikan kepadanya.

“Saya ingat penyakit diabetes ini adalah untuk orang-orang tua sahaja dan semenjak dari muda lagi, saya tidak mengambil perkara ini secara serius,” kata Lim.

Selepas 19 tahun berlalu, Lim yang kini keseorangan di rumah terasa pening dan muntah-muntah sebelum pengsan di tandas. Mujurlah adik bongsunya datang ke rumah dan membawanya ke hospital.

Apa yang mengejutkan ialah kandungan gula di dalam darahnya tiga kali ganda lebih tinggi dari orang biasa. Buah pinggangnya juga tidak berfungsi dengan baik pada ketika itu hingga membawa kepada penyakit lain.

Kidney 170822 B1 Noresize
sumber: wob

“Diabetes membunuh dalam senyap. Ia kelihatan seperti tiada apa-apa pada mulanya, tetapi perlahan-lahan ia mengambil pandangan mata dan kaki anda,” jelasnya.

Pada usia 40 tahun, Lim mula menjalani dialisis tiga kali seminggu. Pada usia 43 tahun, kaki kirinya telah dipotong kerana tulangnya reput.

“Tiada apa yang boleh saya lakukan selepas kehilangan sebelah dari kaki ini. Saya terpaksa berhenti kerja dan tinggal di rumah dengan bergantung harap dari kakak saya. Jikalau saya tahu perkara ini akan berlaku, saya pasti akan menjaga kesihatan,” tambah Lim lagi.

Kandungan Gula Dalam Air
gambar hiasan

Fuh beringat-ingatlah sebelum terlambat! Memanglah sedap minum air manis ni, tapi kesannya kepada tubuh kita amatlah merbahaya. Jaga kesihatan tau! 

Baca: Ibu Kongsi Kisah Anak Hidap Sakit Misteri Menyebabkan Tangan Membengkak Hingga Perlu Dipotong

Sakit

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.