in

“Mintak cuti tiga hari je pun kedekut!” – Tak Bagi Cuti Paterniti, MEF Teruk Dikecam Netizen

Untitled Collage 9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Proses pasca kelahiran adalah satu proses yang bukan sahaja melibatkan perubahan 360 darjah dalam kehidupan pasangan suami isteri, malah ia turut disusuli dengan pelbagai perkara-perkara merumitkan khususnya buat golongan ibu.


Waktu-waktu selepas melahirkan inilah mereka memerlukan perhatian khusus daripada suami dan orang sekeliling kerana emosinya masih ‘turun naik’ dan baru mula hendak menyesuaikan diri dengan kehadiran orang baru.

Jadi di sinilah peranan suami itu dilihat penting untuk provide emotional & psychological support  kepada para ibu.

D

Melihat kepada keperluan tersebut, kerajaan pun bercadanglah untuk memberi cuti paterniti selama tiga hari kepada pekerja sektor swasta namun ia tidak dipersetujui Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF).

Kenapa? Kerana ia dilihat akan memberi kesan kepada kos operasi syarikat.

Dalam satu laporan yang dikeluarkan Berita Harian hari ini, Pengarah Eksekutif MEF, Datuk Shamsuddin Bardan mendakwa  — majikan terpaksa menanggung kos lebih RM150 juta setahun sekiranya kerajaan tetap mahu memperkenalkan langkah itu dengan meminda Akta Kerja 1955.

Shamsudin

Katanya lagi, isu itu sebenarnya sudah dibincangkan panjang lebar di peringkat Jawatankuasa Teknikal Penasihat Buruh Kebangsaan dan majikan berpandangan cuti berkenaan sebenarnya meningkatkan kos operasi.

Dan pandangan itu nyata tidak mendapat reaksi positif daripada orang ramai, yang rata-ratanya mengecam syarikat-syarikat kelabu mata dek wang ringgit termasuklah Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Hannah

Cuti 2

Cuti 1

 

Cuti 5

Cuti 3

Mengikut data yang dikeluarkan hasil kajian OECD, Korea Selatan dan Jepun merupakan antara negara Asia yang paling generous dengan membenarkan golongan bapa mengambil cuti paterniti berbayar selama setahun!

Tidak dinafikan, kehadiran suami di sisi sepanjang tempoh selepas melahirkan amat-amat membantu ye terutama bagi mereka yang baru dikurniakan first born dan tinggal berjauhan daripada extended family masing-masing.

Itu belum lagi kalau si isteri terpaksa melahirkan secara caesar atau mengalami komplikasi lain yang tidak dijangka selepas bersalin, memang perlu diberikan perhatian khusus agar mereka cepat sembuh.

Mana yang berkemampuan tu bolehlah dapatkan khidmat jagaan rapi di mana-mana confinement centre, tapi kalau tidak — berhuhu di rumah sajalah nampaknya.

Kita pun dah banyak dengar kes ibu kemurungan selepas melahirkan, dan emosi ibu selepas bersalin bukanlah perkara yang boleh dipandang remeh ye.

Janganlah kerana hendak mengejar keuntungan berganda, syarikat-syarikat besar tergamak menolak tepi nilai-nilai empathy dan humanity terhadap pekerja mereka.

 

Baca: “Teramat mustahil tuk kita dapatkan” – Netizen Kagum Dengan ‘Effort’ Dr. Say Shazril Sanggup Bayar RM20K Untuk Kos Bersalin Sebab..

O

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.