in

“Waktu tu aku pergi naik gunung” – Imran Aqil Akui Silap Biarkan Isteri ‘Postpartum’ Berseorangan Lepas Lahirkan Anak

Ft Imran Aqil

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelakon dan pengacara, Imran Aqil mengakui banyak kesilapan yang dia lakukan semasa pertama kali menjadi seorang bapa.

Jelasnya menerusi satu sesi audio siar, pada mulanya dia sukar meninggalkan gaya hidup waktu bujang dan sibuk menceburi pelbagai aktiviti sehingga kerap berjauhan dengan isterinya, Dahlia Rizal.


Artikel berkaitan: “Insya-Allah akan lebih peka” – Dahlia Rizal Minta Maaf, Jelaskan Isu Guna Produk Diboikot

Artikel berkaitan: “Pandai dia layan budak tu” -Jumpa Kanak-kanak Sesat Di Korea, Dahlia Rizal Cuba Tenangkan Dengan…

Lesson learned – Imran Aqil

Dalam sesi tersebut, Imran mendedahkan isterinya itu mengalami postpartum depression (meroyan) selepas melahirkan anak sulung mereka sehingga pernah terasa untuk melakukan perkara yang di luar jangkaan kepada anak mereka.

Pada waktu itu, Imran menceritakan bahawa dia tidak berada di sisi isteri kerana terlibat dengan aktiviti mendaki gunung di Nepal.

Screenshot 2026 08 07 160240

“Ada momen di mana Dahlia bagitahu saya yang dia tak boleh nak tidurkan Yusra. Dia asyik menangis. Dia rasa meroyan sampai nak campak Yusra. Waktu itu aku tiada. Aku jujurlah, ketika itu aku pergi Nepal naik gunung 10 hari.”

Screenshot 2026 08 07 160309

Namun begitu, Imran menyatakan perkara itu merupakan satu pengalaman yang dia pelajari selepas mereka sekeluarga berbincang mengenai hal ini dan perkara tersebut merupakan titik perubahannya untuk menjadikan dirinya lebih bertanggungjawab.

Kini, dia mendedahkan yang dia tidak melibatkan diri daripada sebarang aktiviti untuk menumpukan perhatian kepada anaknya.

Sumber: YouTube

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.